esok mula kerja ......

Sepanjang minggu akhir bulan disember 2009 aku bercuti.1 & 2 jan. hari cuti hujung minggu dan hari ni aku terpaksa ambil cuti juga kerana nak uruskan pendaftaran Andak di SMKAK.Angah pun hari ni gak bertolak balik ke Shah Alam menaiki bas Sani Express - semoga selamat dalam perjalanannya.

Rumah kembali sunyi.Hanya tinggal aku,isteri dan sibongsu sahaja.

Ketika ini heboh di media perdana isu penggunaan perkataan `Allah' oleh sebuah akhbar terbitan pertubuhan kristian.Seperti isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh Salman Rushdie suatu ketika dulu - semua orang melompat dan mahu menjadi juara mempertahankan `nama' Nabi Muhammad SAW dan kini mempertahankan nama `Allah' pula.

Persoalannya kini sejauh manakah kita nak mempertahankan semua itu sedangkan rata-rata ummah kita masih dangkal dalam menghayati `zat' Allah SWT itu sendiri.Serupalah lazimnya kita marah bila orang mengata itu ini yang negatif mengenai ibu bapa kita tetapi perlakuan kita hari-hari adakah kita menjaga maruah atau imej baik ibu bapa kita???

Dalam mendidik generasi muda apakah kita memainkan peranan membekalkan juadah minda yang berkesan untuk mereka mengenal dan membezakan antara Allah dan God ??? Jika institusi ugama Islam sendiri semakin dihadkan peranannya maka tidak mustahil institusi ugama lain akan mengisi kelompangan itu.

Esok mula kerja.Hari pertama di tahun 2010 ni masuk ofis.Azam baru ??? apa yer !!!

Agenda aku di tahun 2010 ni lebih tertumpu kepada persiapan untuk bergelar `jemaah haji' di musim haji penghujung tahun nanti,Insha Allah! Semoga nama ku dan nama isteri tersenarai dalam catatan nama-nama yang dijemput oleh Allah SWT ke Tanah Suci Nya.Aku hanya mampu berurusan dengan Tabung Haji untuk mendaftar nama ke sana tetapi yang dapat pergi hanyalah orang-orang yang dijemputNya sahaja.

Dah tak banyak masa untuk aku membuat persiapan kerana yang asas pun masih kosong lagi.Masih tipis pengetahuan ku mengenai ibadah haji ini.Diwaktu yang sama ilmu ku mengenai ibadah-ibadah lain yang related juga masih tipis.Nak ke sana tak mencukupi kalau sekadar mendalami ilmu haji sahaja sedangkan ilmu bab solat masih terumbang ambing.Macam mana nak mengerjakan haji kalau hutang-piutang masih tak dilangsaikan.Bab zakat pun kena juga diambil perhatian dan ditunaikan.Itu baru hal diri sendiri,belum ditinjau lagi persiapan dan perbelanjaan untuk anak-anak yang akan ditinggalkan semasa nak ke sana nanti.

Semua itu menuntut perhatian rapi agar semuanya selesa menerima hak masing-masing.Andai ditakdirkan pergi ku nanti tak kembali lagi semoga tiada yang ralat dihati.

Selain berdoa semoga dipermudahkan segala urusan ku dan isteri berkaitan ibadah itu, doa ku juga agar kedua ibubapa ku dilanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik agar aku berkesempatan untuk memimpin mereka mengerjakan ibadah haji ini ditahun 2013 nanti,Insha Allah !!!

Esok .... aku nak jadi orang baru.Azam baru - mentaliti baru - aura baru - imej baru - semangat baru - azam baru tahun baru,Insha Allah.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam