gula oh gula
Benarlah kata orang gula itu pembunuh
Terlebih gula mengundang diabetes yang seterusnya menjadi pembunuh kepada individu yang mengidapnya.
Kesukaran memperoleh bekalan gula ketika ini telah menjadikan gula sebagai pembunuh kepada kelangsungan hidup kedai-kedai runcit melayu.Pelanggan akan beralih ke kedai-kedai runcit bangsa lain yang ada dijual gula @ mudah dibeli gula.Syaratnya kenalah beli barang-barang lain juga.
Lalu lemahlah daya saing peniaga-peniaga melayu.Mana-mana yang tak kebal terpaksalah beralah .....
Ketika ini semua orang bercakap mengenai isu `nama Allah',isu bakar gereja dsbnya - siapakah yang peduli semua ini ???
Si hijau,si biru muda dan si biru tua pun dah tak sempat nak tengok semua ni sebab semuanya dok teropong Putrajaya sahaja ......
Comments
Post a Comment