2 hari yang sibuk
Betul-betul sibuk.Itulah dapat aku kategorikan kemarin dan hari ni dalam kehidupan ku.Bermula dengan satu panggilan talipon dari Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Pengarah yang memaklumkan 2 orang pegawai akan datang untuk memasang talian networking sementara di bilik seminar pejabat untuk kursus online anjuran Bahagian Kejuruteraan Kesihatan pada 3 & 4 Februari, 2010.Sebagai Penyelaras IT pejabat,aku diminta untuk turut berada dilokasi semasa pemasangan tersebut dilakukan.
Terbetik difikiran ku untuk mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan bengkel online mengenai MOH-CUBE iaitu perisian rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.Setelah berbincang dengan ketua jabatan dan juga Pegawai Teknologi Maklumat Kanan di pejabat pengarah - kelulusan diberi untuk mengadakan bengkel tersebut pada hari Isnin 8 Februari,2010.
Persiapan perlu dimulakan segera.Mencari peserta yang releven dan + mampu membawa laptop sendiri bukanlah suatu yang dapat dilakukan dengan mudah.Jabatan tidak mampu untuk menyediakan bilangan laptop untuk semua peserta bengkel.Menyewa laptop dari luar bukanlah suatu idea yang logik di era `berjimat cermat' sekarang ni.Pas tu surat panggilan kepada peserta dan juga penyediaan nota. Mujurlah ketua jabatan turut menyumbang idea yang dapat membantu memudahkan urusan ku.
Ditokok lagi dengan tugasan hakiki yang sedia ada - aduhai!!!
Namun aku rasa waktu-waktu yang berlalu sepanjang 2 hari ini benar-benar terisi dengan senarai tugasan-tugasan yang dapat dikendalikan dengan berkesan satu persatu.
Isnin 8 Februari,2010 jam 8.00 pagi - 5.00 petang di Bilik Seminar Pejabat Kesihatan Daerah Pendang,Bengkel Pengurusan Email Jabatan MOH-CUBE akan diadakan.Ahad 7 Februari, 2010 pula dalam perancangan kerja,aku akan tumpukan kepada penyediaan retan bulanan unit dan emailkannya ke peringkat negeri.
Clear! Aku rasa puas ..... kerja itu ibadah,itulah yang nak aku sematkan dengan tepat dalam jiwa dan raga ku mulai kini dan selamanya,Insha Allah!

Comments
Post a Comment