Hospital Daerah Pendang ???

Antara kandungan menarik dan mendebarkan dalam akhbar harian tersebut ialah perihal tapak cadangan Hospital Daerah Pendang.Dah baca Harian Sinar 10 Februari,2010???

klik untuk imej yang lebih besar

Menariknya kerana Pendanglah satu-satunya daerah di dalam Negeri Kedah Darul Aman ini yang masih belum mempunyai kemudahan hospital....

Mendebarkan kerana kehadiran makhluk spisis `harimau akar ' (Panthera pardus) di kawasan ini yang sekali sekala keluar mencari makanan di tong sampah awam Taman Melor dan Taman Seroja yang letaknya berhampiran kawasan tapak hospital tersebut.


Selain dari keselamatan penduduk-penduduk kampung dan taman perumahan yang berhampiran,pelajar-pelajar sekolah yang cerah-cerah tanah dah melalui jalan di pinggir kawasan ini untuk ke sekolah juga terancam keselamatannya.


Bertindaklah segera untuk kebajikan semua,1 Malaysia.Jangan dah terantuk baru nak tengadah!

Ini contoh harimau akar tu.....jenis ni la yang ada kat situ tu

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam