ke AlWadi lagi (i)
Jadinya pada kali ini aku merancang untuk ke sana pada sebelah petang pula.Selepas selesai menunaikan solat zohor,aku,isteri dan Farhaan pun bertolak ke sana.Singgah makan tengahari di kedai makan rakan sekolah ku di Bukit Murai.Cuaca petang redup dan aku memandu santai-santai saja.lebihkurang jam 4.00 petang sampailah di sana.
Hasrat ku tercapai.Bersemuka dengan anak-anak AlWadi.Sebak rasa dihati bila seorang demi seorang datang bersalaman dengan ku.Yang membezakan antara mereka-mereka ini dengan Farhaan hanyalah kerana aku masih bernafas.Andai suatu ketika nanti jantung ini tidak berdegup lagi,Farhaan dan lain-lain anakku akan sama seperti mereka.Namun AlWadi bertuah mempunyai kehidupan yang teratur dan terancang di AlWadi ini.
Buat masa ini anak-anak AlWadi seramai 68 orang.25 orang daripadanya adalah anak-anak perempuan.Jumlah ini tidak termasuk beberapa orang yang telah pun berada di universiti (di Mesir) kerana melanjutkan pelajaran.
Selain dari itu,tujuan ku adalah untuk mendapatkan maklumat-maklumat terbaru untuk aku update laman web yang ku bina khas untuk AlWadi.Sentiasa menjadi harapan ku agar laman web ini akan dikunjungi dan terbuka hati orang awam untuk memberi sumbangan sebagai saham/simpanan untuk akhirat nanti. Perlu kita masing-masing muhasabah diri - wang ringgit yang disimpan di bank dan harta @ aset yang ada di dunia ini walau pun atas nama kita tetapi sebenarnya bukanlah hak kita yang kekal.Ianya cuma selagi kita masih bernyawa saja.Susah payah kita mengumpulnya semasa hidup tetapi bila kita mati mati kita tak dapat menikmatinya.Semuanya akan dimiliki oleh anak-anak dan isteri yang masih hidup sedangkan kita dah tak miliki apa-apa.
Ustaz Daud pula ketika itu sibuk bersama-sama dengan beberapa orang pekerja bergotong royong membuat kerja-kerja pembinaan ubahsuai bangunan sedia ada kepada bentuk baru kerana ada perancangan hendak mengadakan kelas tahfiz.Disasarkan pada bulan Jun nanti kelas tahfiz ini akan bermula.
Seronok bersembang dengan Ustaz Daud kerana beliau seorang yang berpandangan jauh dan mempunyai perancangan yang tersusun bagaimana nak memajukan lagi AlWadi.Selain meningkatkan tahap kebajikan AlWadi,institusi AlWadi juga mahu dibangunkan agar menjadi satu pusat pengajian tahfiz yang tersohor.
(Insha Allah! - setiap usaha yang ikhlas mahu memelihar martabat ugama Islam pasti akan diberkati Nya.Aku juga ingin melihat kejayaan ini walau pun aku tak mampu untuk menyumbangkan dana sebanyak yang diperlukan)
Sumbangan orang ramai amatlah dialu-alukan.Sila klik Rumah Anak Yatim Miskin Al Wadi Kupang Baling Kedah untuk turut serta menyalurkan sumbangan atau bantuan.
Sumbangan sedekah jariah,derma dan wakaf yang sebeginilah antara kaedah untuk kita membina @ merancang masa depan yang selesa di akhirat nanti.Sebagai seorang insan yang bijak merancang masa depan - ingin melihat masa depan anak isteri terjamin dengan menyediakan tabungan dan kehidupan yang selesa di dunia ini - janganlah kita lupa kepada tabungan dan juga kehidupan kita di alam baqa nanti.Itu baru seorang perancang kehidupan yang tip top.Kaya di dunia dan kaya di akhirat.Mewah di dunia dan mewah di akhirat.Senang di dunia dan senang di akhirat.Insha Allah!
Comments
Post a Comment