Sunday, February 07, 2010

ke AlWadi lagi (ii)

Pandangan depan Rumah Anak Yatim/Miskin AlWadi

Ubahsuai bangunan satu tingkat menjadi dua tingkat.Disinilah akan dijadikan pejabat pentadbiran,kelas tahfiz dan perpustakaan

Bangunan yang menempatkan dewan makan yang belum siap sepenuhnya

Surau juga masih banyak keperluan yang perlu diadakan di sini sesuai dengan fungsinya sebagai rumah ibadah

Di sinilah akan dibina 2 blok bangunan asrama untuk anak-anak lelaki dan perempuan mengantikan tempat tinggal sediada yang banyak kekurangan kemudahan dan keselesaan.

Inilah bangunan sediada untuk anak-anak perempuan.

Nota : Konsep kerja-kerja pembinaan di sini - Ada duit buat,tak ada duit berhenti sekejap.

Maksudnya dana untuk kerja-kerja pembinaan ini bukanlah telah ada sepenuhnya.Semuanya bergantung kepada sumbangan yang berterusan dari orang ramai yang ingin `membina kehidupan selesa' di akhirat nanti.

Bayangkan suatu ketika nanti di sini tersergam sebuah maktab tahfiz dan sebuah institusi anak-anak yatim/miskin yang selesa dihuni - dan di sinilah `saham kita' yang pahalanya tak henti-henti mendatangi kita bak sungai yang airnya sentiasa mengalir.Subhana Allah!

No comments:

Post a Comment