Program Mai Imarah Masjid 2010
Bermula hari Jumaat 26 Februari,2010 bersamaan 12 Rabiul Awal 1431 sempena memperingati tarikh keramat kelahiran Junjungan Mulia Rasulullah SAW,Masjid Sultanah Bahiyah Jalan Sultanah Alor Setar telah menganjurkan Program Mai Imarah Masjid (MIM) sehingga hari Selasa 2 Mac,2010 di perkarangan masjid tersebut.
Berbagai-bagai program menarik telah disusun atur untuk menggamit ummah datang mengimarahkan masjid selari dengan motto : Masjid Jantung Hati Ummah.
Sekitar jam 7.00 petang tadi aku,isteri dan anak-anak (kecuali Along & Angah) telah berada di perkarangan masjid meninjau-ninjau gerai-gerai jualan yang ada di sekitar bangunan masjid.Sememangnya aku tak berhasrat nak membeli apa-apa makanan kerana tak mahu ada `gangguan dalam perut' semasa solat nanti.
Selepas solat maghrib di adakan Kuliah Maghrib dengan tajuk `Betulkah Solat Kita' yang disampaikan oleh Dato Syeikh Abdul Hamid Tahir (bekas Pengetua Sekolah Menengah Agama Kedah - 2 orang putri ku kini adalah pelajar Sekolah Menengah Agama Kedah,jadinya berhasrat sangat nak mengikuti kuliah bekas Pengetuanya itu)
Aku plak sememangnya nak ikuti kuliah ini untuk menampung kekurangan ilmu yang ada bimbang jika ada yang dilakukan sekarang ini lebih bersandarkan kepada ikutan dan bukannya berdasarkan ilmu.
Selepas solat Isya berlangsung pula program Meneropng Alam Buana dan Pertunjukan Slide Keajaiban Cakerawala yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Mohd. Zambri Zainuddin dari Jabatan Fizik Universiti Sains.
Menarik sangat bahan yang disampaikan oleh beliau kerana beliau menunjukkan slide-slide alam cakerawala yang membuktikan kebenaran ayat-ayat Al Quran yang berkaitan dengan alam cakerawala.Subhan Allah!
Itulah 2 program yang aku ikuti kat Masjid Sultanah Bahiyah tu dan aku merasakan terlalu banyak input-input baru yang aku perolehi.Sebelum bertolak balik aku sempat membeli sebiji kopiah hitam AlBarakah - membeli + menyumbang untuk Pondok Pak Ya.
Anda yang belum ke sana.....masih ada masa lagi.Di bawah ini dipaparkan aturcara Program Mai Imarah Masjid 2010 Masjid Sultanah Bahiyah,Alor Setar.Sila klik untuk imej yang lebih besar.

Comments
Post a Comment