aku mahu jadi seluang yang melaut .......

Perjalanan masa terlalu pantas berlari.Seakan tak terkejar oleh aku yang telah mula dimamah usia senja.Ketika mata mulai kabur dan rambut putih semakin subur aku merasakan sudah sampai ketikanya aku berubah kaca mata.Berubah sudut pandangan dan berubah nilaian pengertian dan tanggapan terhadap kehidupan.

Telah bertahun-tahun aku sibuk dengan keduniaan.Telah bertahun-tahun lisan ini becok berkata-kata.Sudah tiba masanya aku menyingkirkan diri dari kesibukan duniawi ini dan lebih banyak berdiam diri.

Bukan maksudnya mahu zuhud tetapi mahu berehat dari kesibukan untuk hidup.Aku tidak mahu seperti kura-kura yang memanjangkan leher mahu menonjolkan kepala di permukaan air.Aku mahu jadi seluang yang melaut .....menongkah arus tak berriak,membelah alun tak berkocak.Aku adalah aku!!!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam