Brunei Lebih Takut Laknat Allah

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei) : Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul Ahli Parlimen,Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan,andai ia diwujudkan,Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

Yang paling kami takut ialah laknat Allah.Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

Hari ini mereka mahu zon arak,lepas ni mungkin zon pelacuran, kasino.Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,tegasnya. - AP

Nota : ini adalah keratan akhbar Harian Metro halaman 36,Rabu 24 Mac 2010.

Bangga kerana ada seorang menteri walau pun bukan dinegara ini yang punyai asas iman yang selayaknya sebagai seorang pemimpin.

..... dan lebih bangga lagi kerana Malaysia tak takut punnnnn !!!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam