Ilmu dan Amal

Tika tiba di muka surat 40 kitab Nasihat Untuk Orang Yang Terlanjur Melakukan Dosa karangan Dr. Aidh bin Abdullah al-Qarni ini mata dan minda aku terpaku di perenggan ini;

Di zaman ini,orang yang melakukan solat malam atau tahajjud untuk membuat aduan tentang keadaan kita kepada Allah swt itu sudah sangat jarang sekali.Sebabnya adalah kerana kita sering melakukan maksiat,banyak melakukan perkara-perkara yang mubah (tidak mendatangkan dosa dan tidak pula mendatangkan pahala)dan tidak tidur semalaman untuk sesuatu yang tidak ada manfaatnya, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Allah swt.

Padahal setiap kali seorang hamba itu berjaga pada malam hari,tapi dia tidak melakukan apa pun yang bermanfaat seperti solat malam sedangkan pada waktu itu Allah swwt turun ke langit bumi dan berseru "Adakah orang yang meminta kepada Ku,nescaya Aku akan memberinya.Adakah orang yang meminta ampun akan dosa-dosanya kepada Ku,nescaya Aku akan mengampuninya.Adakah orang yang berdoa kepada Ku,nescaya Aku akan mengkabulkannya"


Aduhaiii betapa ruginya aku yang jahil untuk mengaut tawaran istimewa dari Yang Maha Kuasa itu sedangkan aku telah berada di ketika yang tepat.Jahil untuk memilih yang terbaik untuk dilakukan bagi mengisi masa sedangkan aku leka menghabiskan banyak masa mengadap internet untuk duniawi.Sedangkan solat malam itulah penyembuh mustajab untuk kecelaruan mental lalu terbentuk ketenangan,kedamaian jiwa dan juga fikiran yang menghasilkan kebahagian dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Aku mesti berubah.Ilmu tanpa amal adalah semaksima kerugian dalam kehidupan.

Teringat kuliah ugama semasa di Al-Barakah tempuhari.Kiasnya begini;

Seorang pesakit telah berjumpa dengan doktor untuk merawat penyakitnya.Lalu doktor pun memeriksa dan memberinya ubat. Pesakit ini pun membawa balik ke rumah.

Pesakit ini pun membaca label dibotol ubat tu.Ubat A mesti di minum 3X sehari sebelum makan.Ubat B dan C mesti di makan 3X sehari selepas makan.Lalu ubat itu pun disimpan ke dalam peti sejuk.

Malamnya dikeluarkannya ubat-ubat tu dari peti sejuk lalu dibaca labelnya.Ubat A mesti di minum 3X sehari sebelum makan.Ubat B dan C mesti di makan 3X sehari selepas makan.Lalu ubat itu pun disimpan ke dalam peti sejuk.

Pagi esoknya dikeluarkannya ubat-ubat tu dari peti sejuk lalu dibaca labelnya.Ubat A mesti di minum 3X sehari sebelum makan.Ubat B dan C mesti di makan 3X sehari selepas makan.Lalu ubat itu pun disimpan ke dalam peti sejuk.

Bolehkah pesakit itu akan sembuh dari penyakitnya andai begitu berterusan dilakukannya tanpa sekali pun memakan/meminum ubat-ubat tu ????

Kita sakit dan Islam (doktor) menyatakan bahawa amal ibadah (ubat) adalah penyembuh kepada penyakit itu.Lalu kita sekadar membaca kitab-kitab mengenai solat,puasa,membaca Al-Quran dan sebagainya tetapi tidak pernah mempraktikkan apa yang dibaca itu.

Lalu apakah kita akan sembuh dari penyakit yang sedang kita alami ini ???? Bolehkah kedamaian jiwa akan menggantikan keresahan, kebahagiaan dan manisnya iman mencakup segenap ruang litup kehidupan insani kita tanpa amalan???

Jom kita berubah....biar sedikit demi sedikit asalkan istiqamah melakukan perubahan.Biar setakah demi setakah kita melangkah gagah maju ke hadapan.Apa guna kita melompat jauh tetapi goyah.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam