kurangkan makan,kurangkan tidur !!!
Alangkah gembiranya rasa hati bila tengahari tadi telah ada 2 pucuk surat yang berlogo Tabung Haji di dalam kotak surat.Satu untuk aku dan satu lagi untuk isteri.Dengan hati yang berdebar-debar aku membuka dan membacanya.
Alhamdulillah,syukur!!!
Surat tawaran terpilih untuk mengerjakan ibadah haji bagi musim haji 1431/2010 telah ku terima.Ertinya perancangan ku dan isteri untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini telah terlaksana, Alhamdulillah !!!
Hakikatnya - manusia merancang,Allah swt juga merancang dan perancangan Allah swt itulah yang hakiki.Semoga Allah swt meredhai perancangan ku & isteri lalu diberkati dan diizinkan aku untuk ke sana.Semoga nama ku dan isteri akan tercatit dalam senarai tetamu Nya pada musim haji nanti.Insha Allah!!!
Hanya ada lebihkurang 200 hari saja lagi untuk tiba tarikh bertolak ke sana.Jangka masa yang pendek sahaja untuk membuat persiapan rohani dan jasmani yang setimpal untuk kehendak menggapai haji yang mabrur.
Ertinya aku mestilah lebih lagi berusaha untuk menggamit mardhotillah.Aku mesti melakukan sesuatu yang akan boleh mendekatkan lagi aku kepada mardhotillah.Aku mesti upgradekan lagi amalan agar aku berada di dalam mardhotillah.Insha Allah!!!
Untuk menyediakan kondisi @ persekitaran diri yang mendorong untuk berada dalam situasi siap siaga untuk `berilmu dan beramal' aku mesti mulakan detik ini juga untuk `kurangkan makan dan kurangkan tidur'
Ya Allah Ya Tuhan ku,Kau ikhlaskanlah segala kerja buat ku ini semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Mu.Lenyapkanlah dari hati ku Ya Allah lintasan keinginan untuk mencari keredhaan manusia.Lindungi aku Ya Allah dari fitnah iblis dan syaitan,dari fitnah manusia dan fitnah dunia.Lindungilah aku Ya Allah,berilah aku pertunjuk dan hidayah Mu terhadap usaha ku ini.Amin!!!

Comments
Post a Comment