Masih Selamatkah Malaysia Ku Ini
Mac dah pun sampai penghujungnya.Ertinya dah 3 bulan usia 2010 berlalu.Cepatnya masa beredar pada perasaan kita sedangkan hakikatnya sehari tetap 24 jam seperti mana tahun lalu dan tahun-tahun yang terdahulu.Begitulah Allah swt telah menarik balik keberkatan masa dari kehidupan kita.
Kebelakangan ini membaca akhbar perdana sudah seperti membaca buka catatan jenayah.Ada kemalangan ngeri,ada pembunuhan tragis dan pembuangan bayi yang semakin galak terjadi.Jika zaman jahiliah (jahil) dahulu hanya bayi perempuan saja di bunuh dengan ditanam hidup-hidup dan di zaman moden kini bayi mayat bayi ditemui di merata-rata tanpa mengira jantina.Sudah sama taraf dengan sampah lalu dibuang ke tempat perlupusan sampah dsbnya.

Sudah berulangkah zaman jahiliah??? Begitulah Allah swt telah menarik balik keberkatan keselamatan dari kehidupan kita.
Kacau bilau mentaliti masyarakat masa kini sewajarnya ditangani segera dengan serius oleh semua pemimpin-pemimpin masyarakat terutama mereka-mereka yang berkuasa.Sudah bersediakah anda-anda dengan jawapan-jawapan apabila disoal oleh Allah swt di Padang Mahsyar nanti kerana setiap orang pasti akan ditanya dengan tanggungjawabnya.
Segeralah berpadu tenaga wahai pemimpin-pemimpin bangsa yang seagama.Ummah Islam semakin lelah kerana kalian meletakkan agenda politik lebih prioriti.Mencari yang lebih utama dari yang terbaik adalah prinsip yang sewajarnya dalam bertindak.Mengelak dari bayi luar nikah itu terhasil adalah lebih utama dari menyediakan penempatan kepada bayi-bayi tersebut.
Sama-samalah kita berusaha untuk tidak ghairah menggamit bala Allah swt.Nauzubillah !!!

Comments
Post a Comment