Penguasaan diri dan tanggungjawab

Suatu ketika Rasulullah SAW telah didatangi oleh salah seorang pak ciknya seraya berkata kepadanya;

"Wahai Rasulullah! Sungguh aku ingin mendapat kedudukan,seperti mana engkau memberi kedudukan kepada si Fulan"

Rasulullah menjawab;

"Wahai Abbas! Wahai pak cik Rasulullah! Menguasai diri sendiri adalah lebih baik dari menguasai orang ramai tetapi tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya"

Petikan ini terdapat di halaman 10 buku Nasihat Untuk Orang Terlanjur Melakukan Dosa.Untuk muhasabah diri sendiri dan sesama kita dalam memeta perjalanan hidup di dunia ini.

Betapa resam dan tabiat manusia sentiasa mahu mengejar pangkat dan kedudukan agar lebih terpandang oleh awam.Dari peringkat bawahan hinggalah atasan sentiasa mahu untuk lebih ke atas dari sebelumnya.Lalu berbagai kaedah dilakukan untuk mencapai kehendak itu.

Lalu terpikullah tanggungjawab yang sentiasa menuntut hak nya.Tetapi berapa ramai orang yang hanya mahukan pangkat kedudukan tetapi mengabaikan tanggungjawabnya.Sedangkan di akhirat nanti kita akan ditanya oleh Allah SWT terhadap setiap tanggungjawab itu.

Bijakkah kita akan kita sengaja menjerumuskan diri ke situasi siksaan di akhirat nanti semata-mata kerana ingin sedikit terpandang di dunia ini ???

Kita akan mudah terpesong dari landasan dan tidak dapat menguasai diri sendiri bila kita berada di kedudukan yang tidak layak untuk kita (yang kita perolehi hasil dari usaha yang tidak mengikut landasan wajar).Ilmu dan iman yang ada tidak mampu menjadi penunjuk jalan lantas tempanglah kehidupan dunia ini.

Hanya kerana mahukan kepentingan yang kecil pun kita dah rela `menipu'.Sekadar untuk mendapat pinjaman buku tek atau biasiswa sekolah anak-anak pun kita sanggup menipu penyata pendapatan.

Bayangkan apakah nilai diri kita - contohnya,jika seorang Imam yang menerima elaun bulanan tetapi juga seorang pegawai jabatan yang punyai pendapatan tetap ribuan ringgit tetapi hanya menyatakan amaun elaun Imam sahaja sebagai jumlah pendapatannya di dalam borang permohonan biasiswa anaknya.Lalu permohonan itu pun diluluskan ..... lalu apakah nilai iman si Imam itu dan wang biasiswa yang diperolehi oleh anaknya itu.Sedangkan anaknya itu tidak layak dan ada yang lebih layak untuk biasiswa itu tetapi tersingkir dari senarai kerana `diambil alih' oleh anaknya itu.

Sekadar contoh untuk pertimbangan diri kita masing-masing.Berbagai-bagai lagi penyelewengan yang telah berlaku di sekeliling kita yang mampu kita lihat hasil dari tipisnya penguasaan diri untuk berada di landasan yang wajar.Berbagai lapisan pemimpin masyarakat yang terlupakan @ melupakan tanggungjawab dan telah meletakkan kepentingan diri sendiri sebagai matlamat utama. Mengumpul aset demi aset hari demi hari.

Lalu ketika tiba harinya;
"Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)"
Surah al-Syu'ara:88-89)

Siapakah kita di sisi Nya ketika itu ????

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam