tak sabaq tunggu haghi sabtu
Terasakan masa begitu lambat berlalu.Detik demi detik menantikan tibanya hari Sabtu 20 Mac 2010.Aduhaiii awat jadi lagu tu ???
Ahad 14 Mac aku dan keluarga telah ke Manjoi,Perak kerana menghantar si bongsu Muhammad Nabil Farhaan yang diterima masuk menyertai Kem Tahsin di Pusat Pendidikan Al Barakah di bawah pentadbiran Ustaz Kazim Elias AlHafiz iaitu seorang pendakwah bebas yang umum mengenalinya.Tempoh Kem Tahsin ini ialah dari 14 Mac hingga 20 Mac,2010.

Perancangan awal aku nak menghantarnya pada tahun depan dengan alasan usia 10 tahun itu akan lebih matang untuknya menguruskan diri sendiri jika dibandingkan dengan usia 9 tahun kini.Namun bila difikirkan semula aku rasa seeloknya disegerakan pada tahun ini juga atas sebab jika ada rezeki aku dan isteri ke Tanah Suci pada musim haji akan datang nanti - Farhaan akan lebih bersedia menguruskan diri sendiri dan tidak terlalu `manja' kepada atuk dan wannya.Pastinya pengalaman kehidupan selama seminggu di Pusat Pendidikan AlBarakah bersama-sama program islamik yang dilaluinya akan membentuk wibawa dan jati diri yang lebih berdikari.
Sepanjang usianya inilah kali pertama dia berenggang sendirian dari famili.Jauh pula tu.Itulah yang meruntun hati sanubari seorang abah ini untuk segera bertemu,bersua muka dengannya.
Walau pun pihak urusetia membenarkan ibu bapa bertemu anak-anak pada waktu petang iaitu semasa program riadah tapi aku merasakan tidak wajar untuk `mengganggu' mood Kem Tahsin yang telah cuba diserapkan ke jiwa peserta-peserta oleh pihak penyelia @ fasilitator.
Lagi pun jauh tu kalau nak ke sana......tunggu jerr laaa pagi Sabtu untuk ke sana tu !!!
Farhaan,abah rindukan kamu !!!

Comments
Post a Comment