Selamat Kembali Ibu Bapa Mertuaku
Jumaat 9 April,2010 seperti biasa aku dan isteri menghadiri Kursus Haji Bersiri di Masjid Sultanah Bahiyah,Jalan Sultanah Alor Setar.Turut bersama ialah sibongsu Muhammad Nabil Farhaan (sesekali aku cuba juga bertanya apa yang disampaikan oleh Ustaz dan biasanya ia dapat menjawabnya - syukurlah kerana banyak juga input ilmu ibadah yang diperolehnya semasa sama-sama mengahadiri kursus haji ini).Seperti biasa Ustaz HajiAbdul Kadir dengan gayanya yang tersendiri menyampaikan ilmu dan pengalaman beliau berkaitan ibadah haji.Menarik!
Ustaz Haji Abdul Kadir juga mempunyai slot beliau sendiri di Radio Malaysia Kedah.Jam 5.30 petang setiap hari Sabtu iaitu `Ekplorasi Haji'
Tamat kursus sekitar jam 10.30 pagi (tamat awal kerana Ustaz nak ke hospital menziarahi isteri beliau)kami sarapan di gerai makan Souq AlBukhary.Seperti biasa aku pekena pulut kuning dengan gulai ayam.Selepas itu ke SMKAK menjemput Fatin dan Farah kerana mereka juga nak sama-sama meraikan kepulangan atuk dan neneknya dari mengerjakan umrah.
Selepas solat jumaat di Masjid Kepala Batas kami bergegas pula ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim,Kepala Batas.Kapal terbang dijadualkan mendarat pada jam 2.55 petang.

Ramai juga sanak saudara yang berada di tempat menungu lapangan terbang tu.Masing-masing tertinjau-tinjau tak sabar nak menatap wajah insan-insan kesayangan mereka.
Comments
Post a Comment