Ceramah Ustaz Kazim 23/04/2010

Malam ini,aku,isteri dan sibongsu Farhaan ke Masjid AlBukhary,Jln. Langgar,Alor Setar.Ada kuliah bulanan Ustaz Mohd Kazim Elias AlHafiz kat situ.Selesai wirid solat maghrib kuliah pun bermula.Seperti biasa,Farhaan amat teruja bila melihat Ustaz Kazim - mungkin kenangan manisnya semasa menghadiri Kem Tahsin di Pusat Pendidikan AlBarakah tak lama dulu tu.

Skop kuliah ialah terjemahan dan huraian ayat-ayat suci Al Quran.Kalau kuliah bulanan beliau di Masjid AsSolihin,Taman Muhibbah,Alor Setar menghuraikan kitab Fiqhul Aulawiyyat karangan Dr. Yusuf AlQardhawi.

Huraian ayat suci AlQuran malam ini ialah Surah Muhammad,ayat 10,11 & 12.Antara kesimpulan yang dapat aku catat ialah - janganlah kita sekadar menjadi orang Islam tetapi jadilah orang yang beriman kerana janji Allah swt pertolongan dan perlindungan Nya hanyalah kepada orang-orang yang beriman sahaja.Allh swt tidak pernah menyebut mengenai pertolongan dan perlindungan Nya kepada orang-orang Islam.Sebab itulah jika kita lihat realiti kehidupan masa kini dimana negara-negara Islam yang bermasalah dengan kekacauan,kebuluran dan malapetaka pasti akan pulih jika negara-negara Islam itu pemerintah dan rakyatnya adalah beriman.

Umat Islam digalakkan untuk keluar melawat ke tempat-tempat peninggalan sejarah kaum-kaum silam yang ditimpa pembalasan oleh Allah swt guna untuk memantapkan lagi iman kita bahawa janji-janji Allah swt itu tetap benar.Umat yang mengikut perintah Allah swt akan dikasihi dan yang mungkar akan dimurkai.Umat yang dimurkai itu bersebab dengan apa yang telah dilakukan.

Sebab-sebab yang mengundang bibit kemurkaan Allah swt itu kini telah mula berleluasa di Malaysia.Pelacuran,penipuan dsbnya semakin menjadi perkara biasa kini.Lalu apakah tidak mungkin suhu yang semakin meningkat panasnya kini,kematian kemalangan jalan raya yang semakin mengerikan dan serangan penyakit-penyakit denggi,H1N1 itu adalah bala dari Allah swt sebenarnya.

Petua dari Ustaz Kazim :

1. jika anak-anak sukar untuk tidur malam atau selalu menangis waktu malam - amalkan membaca ayat 11 & 12 Surah alKahfi

2. untuk pagarkan rumah supaya digeruni oleh orang-orang yang berniat jahat seperti pencuri,perompak dsbnya - amalkan membaca ayat 18 Surah alKahfi ketika nak tidur malam dan ketika nak keluar meninggalkan rumah

3. untuk pesakit batu karang - bacakan ayat 173 Surah alBaqarah 3 kali kepada air basuhan beras kali pertama dan minum,Insha Allah batu karang tu akan pecah dan keluar dari tubuh kita.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam