cermin mata baru


Kaca mata atau cermin mata ??? mana yang betul???

Aku rasa buat masa ni kena guna perkataan cermin mata.Kaca mata dah tak releven kerana sekarang ni tak banyak dah yang guna kaca.Kebanyakannya dah guna material plastik.So plastik mata ... ok tak gitu ???

Whatever,hari ni aku dah start pakai cermin mata baru.Yang lama tu masih boleh guna lagi cuma tak berapa clear saja.Biasalah tu...bila semakin lama.

RM530.00 dah gone already petang tadi.Berganti wang itu dengan cermin mata baru nih!

Amat-amat penting dan amat-amat aku harapkan ialah bila menggunakan cermin mata baru ini,pandangan dan pemandangan ku juga akan baru.

Memandang dan melihat itu berbeza..... semoga aku akan lebih berpandangan jauh setelah melihat apa yang ada di depan mata.Semoga aku semakin tahu dan peduli dalam menilai dunia ini.

Comments

  1. make a money (non SCAM) click my name "Cah Mblora" or my BLOG

    ingin uang dari Internet ? kunjungi blog-ku. dijamin halal dan bukan penipuan (SCAM)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam