Fitnah Lisan - syoknya bergossip!!!
Jom kita hayati 2 insiden ini dan sama-sama kita fahamkan apa yang tersurat dan tersirat.
1. Saidatina Aishah merasa cemburu dan tidak suka bila mengetahui Rasulullah saw telah berkahwin lagi iaitu dengan seorang perempuan berbangsa Yahudi iaitu Sofiyah binti Huyai.Maka apabila dia melihat Sofiyah,dia mencemik dan berkata "dah la gemuk,pendek pula tu ...." Rasulullah saw yang mendengar kata-kata Aisyah itu lantas menjawab "Wahai Aisyah,kata-kata mu yang menghina orang itu,jika dilontarkan ke dalam lautan,akan busuklah seluruh air lautan itu"
2. Suatu ketika sedang Rasulullah saw memberi ceramah ugama,seorang sahabat telah bangun dan bergerak keluar meninggalkan majlis.Melihat keadaan itu seorang sahabat mengomel "apalah dia ni,Rasulullah sedang bercakap pun,dia boleh keluar..." Rasulullah saw yang mendengar kata-kata itu lantas menegur sahabat tadi "sesungguhnya kamu telah memakan daging saudara mu sendiri"
Cubalah kita ambil ikhtibar dengan 2 kata-kata yang keluar dari mulut Saidatina Aisyah dan seorang sahabat itu lalu bandingkan pula dengan kata-kata yang sering keluar dari mulut kita dalam kehidupan seharian.Umpat keji menjadi lumrah mainan bibir dan seenaknya saja dituturkan supaya `baru puas hati ku'
Gossip itulah istilah baru supaya kelihatan lebih terhormat jika dibandingkan dengan perkatan umpat keji dan mengata orang.Itu tak kena ini tak betul dan berbagai-bagai lagi panjang jela komentar kita.Tak cukup dengan dosa bergossip kita bersubahat pula menjayakan rancangan gossip orang lain dengan menjadi penonton rancangan -rancangan gossip di tv.
Dosa dengan Allah swt boleh kita pohon ampun dengan berdoa dan bermunajat kepada Nya.Tetapi dosa dengan sesama manusia tak akan diampunkan Allah saw selagi orang yang menjadi sasaran umpat keji kita itu tak memaafkan kita.Hanya untuk memuaskan hati dan sedikit kepentingan dunia kita sanggup menggadaikan bekalan akhirat kita.Pahala amalan kita akan dipindah milik kepada orang yang kita umpat keji itu.Alangkah ruginya!!!
Imam Shafie pernah berkata "jikalau aku hendak mengumpat,lebih baik aku mengumpat ibu ku.Susah payah dia melahirkan dan membesarkan aku jadi selayaknyalah dia mendapat segala pahala amalan ku"
Renung-renungkan kerja buat kita seharian di pejabat,di rumah dan di mana-mana saja kita berada.Fitnah lidah amat membahayakan kerana ianya senjata iblis dan syaitan.Sedapnya kita berkata-kata terutama musim kempen pilihanraya.Hanya untuk sedikit kepentingan dunia kita menjadi papa di akhirat sana.

Comments
Post a Comment