Menggapai Mardhotillah,Insha Allah!!!

Jam dah hampir 2.30 pagi.Sunyi sepi.Suasana sejuk kerana baru saja lepas hujan.Sekali sekala kedengaran sayup-sayup salakan anjing dan bunyi enjin motorsikal yang lalu di hadapan rumah.

Detik ini aku masih bertelaku di meja study.Menatap kosong skrin notebook Acer Travelmate ni.Terbayang wajah anak-anak.Along di Batu Pahat,Johor.Angah di Shah Alam,Selangor.Fatin dan Farah yang baru saja petang tadi pulang ke asrama.Farhaan yang sedang nyenyak tidur.

Aku tak dapat menyediakan kehidupan yang mewah untuk mereka.Sekadar suatu kehidupan yang patut padan sahaja.Tidak ada harta yang ku tinggalkan untuk mereka andanya ketika ini aku dijemput Nya ke sana.Hanya sebuah rumah ini sahaja milik kita bersama.Semoga anak-anak tak akan mendakwa aku di akhirat nanti kerana menyusahkan kehidupan mereka.

Hanya yang dapat aku sediakan untuk mereka ialah kemudahan untuk menuntut ilmu pengetahuan.Syukurlah kerana anak-anak berkembang dengan baik dibidang pelajaran.Ilmu dibidang duniawi dan maknawi rasanya seimbang dalam pengamatan ku.Sibongsu Muhammad Nabil Farhaan pun ku lihat semakin bagus bacaan & tajwid Al Qurannya.Minat sungguh dia dengan ceramah Ustaz Kazim.Naik saja kereta terus pasang ceramah Ustaz Kazim.

Doaku semoga semua yang baik-baik ini akan berterusan dan berpanjangan.Anak-anak maju jaya di dalam pelajaran disamping tidak mengabaikan perintah suruhan dan larangan tuhan.

Insha Allah,abah akan sedaya upaya menyediakan persekitaran yang terbaik semampu abah untuk kalian hidup membesar dengan sempurna.Sama-samalah kita sekeluarga berusaha untuk meraih mardhotillah dan menggapai husnul khatimah.

Usia abah semakin senja.Langkah pun sudah semakin goyah.Namun syukur kerana masih `bersih' dari apa-apa pun penyakit yang memudharatkan.Alhamdulillah - semoga kesihatan yang baik ini akan berterusan dan abah mampu beribadah sewajarnya dan dapat sama-sama jemaah lain di Tanah Suci pada bulan Oktober nanti,Insha Allah!

Ketika ini abah dan mama gigih membuat persiapan fizikal dan mental guna untuk ke sana nanti.Hasil yang terbaik tak akan dapat dicapai tanpa persediaan yang terbaik juga.Menyemak dan mengemaskan laci-laci minda supaya hanya yang releven saja yang ada di dalamnya.Mana-mana yang dah tak perlu - dibuang saja ke bakul sampah.

Anak-anak - doakan abah dan mama akan terpilih sebagai tetamu Allah di rumah Nya nanti.Dapat beribadah dengan sempurna dan beroleh haji yang mabrur.Insha Allah!
Amin!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam