Jujur & Ikhlas Berurusniaga

Azan ferdhu maghrib mula berkumandang dari corong suara Masjid Al-Lutphi.Jelas dipendengaran.Ertinya bermula lagi satu hari yang baru.Hari Jumaat - penghulu segala hari datang lagi.Terasakan seperti baru semalam mengerjakan solat Jumaat,hari ini akan bersolat Jumaat.Cepatnya masa beredar.Datang dan berlalu pergi lalu jatah hidup pun semakin pendek.

Esok cuti hujung minggu.Semua pejabat ditutup.Begitu juga dengan Pejabat Pos.Hasrat ku nak menghantar produk pesanan ACAR,Kuala Lumpur terpaksa di tunda ke hari Sabtu.Semoga ACAR akan sabar menunggu.Sekotak Susu IgG-Plus,sebotol Afalfa Concentrated Drink dan sebotol Royal Jelly pasti akan ke hadapan pintu rumah anda pada pagi hari Isnin nanti (hari Ahad plak cuti hujung minggu di KL)

Mudahnya anda membeli barangan melalui internet sebegini.Hanya pesan melalui sms sahaja pastu bank-in amaun bayaran yang sepatutnya.Anda tidak perlu kemana-mana.Jimat petrol,jimat kos tol dan parking - produk pesanan anda akan sampai ke depan pintu rumah anda.Mudah kannnn....!

Seorang kenalan pernah bertanya "depa percaya ker sebab tak pernah jumpa hang pas tu nak bank in duit plak dalam akaun hang"

Jawapan ku mudah jerr "aku berurusniaga dengan orang-orang yang percaya kat aku jerr.Depa bank in duit.Aku check akaun dah ada duit depa tu.Aku hantar la produk yang depa pesan tu secepat mungkin"

"kalau depa tak bank-in duit,tak dak laa urusniaga dengan depa. Mudah jerr...dah tak dak rezeki nak buat macam mana.Kejujuran dan keikhlasan letaknya di hati bukannya boleh nak snap gambar pastu letak kat website tu supaya orang dapat tengok dan percaya kata aku ni jujur dan ikhlas"

Sepenuh harapan ku semoga RR di Rawang,RS di Kuala Kangsar,AA di Klang dan ACAR di KL akan berpuashati dengan perkhidmatan perniagaan www.susukesihatan.com

Terima kasih di atas sokongan anda semua!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam