MIQAT ZAMANI HAJI 1431H

Kira pi kira mai ....... alamak! Cuma tinggai 144 hari saja lagi untuk tarikh 1 Syawal,1431.Hari Raya Aidil Fitri yang juga bermakna bermulalah bulan haji iaitu dari 1 Syawal 1431 hingga 10 Zulhijjah 1431.1 Syawal 1431 juga bermakna bermula Miqat Zamani Haji 1431.

Macam mana niiii ... 144 hari tu bukannya lama sangat.Pejam celik pejam celik tak sedaq 144 hari tu pun akan luput.Kemudiannya hanya berbaki beberapa hari saja lagi untuk menunggu tarikh penerbangan ke sana.Baki beberapa hari tu macam `masa kecederaan' dalam permainan bola sepak. Sekadar sempat untuk touch-up serba sedikit dimana-mana yang perlu.Mungkin 10 hari atau 15 hari saja.Dan lagi ker aku nak buat persiapan nih???


Mula rasa gelabah.Target haji mabrur bukannya mudah nak dicapai.Mentelah aku yang serba serbi masih tak tahu ni.Apa rukun haji,apa syarat wajib haji,apa tawaf wajib,tawaf qudum,tawaf wada ohhhhhhhh macam-macam lagi yang aku masih blurrr.Dan ker nih aku nak catch-up semua nih dalam jangkamasa 144 hari nihhhhh.Dan kerrr ??????


Capai buku tu rasa tak kena,pegang buku nih rasa tak betul.Buku mana nak baca dulu nihh.Banyak lagi buku hal-hal haji yang aku beli tu belum dibaca lagi.Dan ker nih nak baca semua buku-buku tu ???? Nota-nota yang ku catat masa menghadiri kursus haji bersiri di Masjid Sultanah Bahiyah dan Masjid Sultanah Haminah masih berterabur tak bersusun.Macam mana nihh!!!!


Bagaimana dengan persiapan fizikal dan mental,spiritual.Serba serbi yang releven dengan ibadah di sana nanti - kata cerdik pandai,perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama.Langkah pertama ke arah matlamat haji yang mabrur

Bila nak mula melangkah dengan semangat baru nih? Melangkah bersama mentaliti baru.Melangkah dengan sikap baru.Melangkah dengan imej baru .... bila ? bila ? bila nak mula ?????

La ni laaaaaa!!!


Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam