Peringatan dari Rasulullah SAW
Hadis Riwayat Tarmizi :
"Barangsiapa yang mempunyai bekalan yang mencukupi untuk membiayai perjalanan dan kenderaan menunaikan haji di Baitullah,tetapi tidak mahu melakukannya.Andai dia mati,maka matinya samada mati sebagai seoang yahudi atau pun mati sebagai orang nasrani"
Hadis Riwayat Darami :
"Barangsiapa yang enggan menunaikan haji sedangkan dia tidak mempunyai masalah dalam memenuhi keperluan zahirnya. Sedangkan dia juga tidak dihadang atau ditindas oleh pemerintah yang zalim.Dia juga tidak dihalang oleh sebarang penyakit.Andai dia meninggal dunia tanpa menunaikan haji.Bermakna dia memilih untuk mati sebagai yahudi atau pun mati sebagai nasrani"
2 hadis di atas sewajarnya mengecutkan perut kita seandainya kita termasuk dalam kalangan yang mampu.Mampu kerana kita punyai rumah dua tiga buah,kereta dua tiga buah atau kalau sebuah rumah pun sentiasa saja di renovate,kereta pula selalu di ubahsuai tambah itu tambah ini yang belanjanya bukan sedikit.Lalu kita pun merasa masih belum mampu kerana tabungan tak seberapa.
Tentu malang sekali kesudahan hidup kita yang semasa hidup sentiasa solat,puasa,mengeluarkan zakat dan lain-lain amal kebajikan tetapi bila mati akan bersama dengan orang-orang yahudi atau pun nasrani....Nauzubillah !!!
Mengerjakan haji di Baitullah adalah Rukun Islam.Elemen-elemen dalam Rukun Islam ialah :
1. Mengucapkan 2 kalimah syahadah
2. Menunaikan solat ferdhu 5 waktu
3. Puasa di bulan Ramadhan
4. Membayar zakat
5. Mengerjakan haji di Baitullah
Jika solat kita dituntut supaya mengerjakannya segera apabila telah masuk waktu.Puasa bila tiba saja bulan ramadhan dan segera berbuka bila telah tiba masa berbuka.Maka logiklah elemen membayar zakat dan mengerjakan haji juga dituntut supaya kita menyegerakan melaksanakannya.
Jomlah segera kita ke sana kerana kita tak tahu akan mati bila.Balik dari mengerjakan haji nanti barulah kita fikirkan nak tukar kereta jenis apa? atau pun nak renovate rumah tu ala-ala apa? sebab kita dah sure,dah gerenti akan mati sebagai orang Islam.

Barulah kena gayanya....dah duduk baru berlunjur !!!
Comments
Post a Comment