Satu Demi Satu Nikmat Allah SWT
23 Mac, 2010 yang lalu aku telah dianugerahkan Allah SWT satu lagi nikmat Nya yang amat-amat menggembirakan.Ianya kemuncak kegembiraan dalam kehidupan ini.Alhamdulillah - aku telah menerima surat dari Tabung Haji yang memaklumkan telah terpilih bersama-sama isteri untuk menunaikan ibadah haji pada musim haji tahun ini.Aku bersukur dan memohon rahmat Nya agar aku dan isteri akan turut tersenarai sebagai tetamu Nya di sana dan seterusnya dapat mengerjakan ibadah tersebut dengan sempurna tanpa halangan dan seterusnya dapat menggapai haji yang mabrur,Insha Allah!
Bukti kasih sayang Allah SWT yang arRahman dan arRahim membuka dan memberi peluang untuk aku bermunajat kepada Nya di sana untuk koreksi diri dan seterusnya membuat renovasi diri terhadap kerosakan-kerosakan rohani dan jasmani yang telah ku lakukan selama hampir separuh abad menjadi penghuni alam maya ini.Sesungguhnya aku ini insan yang jahil dan lemah lantas hasutan nafsu dan iblis menjadikan aku sering tersasar dalam memandu kehidupan ke arah mardhotillah!
Sepurnama pun berlalu.Tarikh 25 April,2010 aku menerima satu lagi nikmat Allah swt yang menggembirakan.Aku amat bersyukur menerima surat kenaikan pangkat,Alhamdulillah Maha Suci Allah Yang Maha Mendengar rintihan dan bisikan hati hamba Nya yang hina ini.
Berdasarkan perancangan kemungkinan aku berpeluang ke Tanah Suci pada tahun ini (kerana semasa mendaftar di Tabung Haji dahulu aku & isteri diberi tahun jangkaan mengerjakan haji ialah 2010) aku mensasarkan untuk tahun 2010 ini untuk memberi tumpuan sepenuhnya untuk membuat persiapan seperti menghadiri kursus haji dan menelaah kitab-kitab manasik haji.Lantas aku tidak memohon semasa tawaran kenaikan pangkat secara hakiki (walau pun aku layak memohon) kerana tidak mahu terlibat dengan arahan pertukaran tempat kerja jika aku dianugerahkan kenaikan pangkat.Pastinya bertukar ke tempat baru akan sedikit sebanyak membantutkan perancangan persediaan manasik haji ku.Aku memujuk hati sendiri : tak pa lah tahun-tahun depan ada lagi,boleh apply lagi!
Alternatifnya aku hanya memohon kenaikan pangkat secara KUP.Kuranglah glamour sikit kalau dibandingkan dengan kenaikan pangkat secara hakiki tadi.Tapi yang ini tak melibatkan pertukaran tempat kerja iaitu masih di PTJ yang sama.Alhamdulilah - aku terpilih!
Sujud syukur aku kepada Mu,Ya Allah Ya Tuhan ku!
Dalam kealpaan ku kepada Mu,nikmat Mu tetap melimpah ruah kepada ku.
Ya Allah Ya Tuhan ku,
Pertunjuk dan hidayah Mu tetap ku pohon agar aku diberi kekuatan dan kesihatan fizikal dan mental agar aku dapat menambahbaik amalan ku dari masa ke semasa dengan bimbingan rahmat Mu,istiqamah dalam beribadah dan seterusnya beroleh husnul khatimah,Insha Allah!
Ya Allah Ya Tuhan ku - detik ini aku bangun berdiri dan mula melangkah sebagai aku yang baru.Hamba Mu yang baru.Ummat Rasulullah saw yang baru.Rahmatilah aku Ya Allah! Rahmatilah aku Ya Allah! Rahmatilah aku Ya Allah!
Amin !!!

Comments
Post a Comment