nota dari bilik 213

Sejak dari tengahari Isnin hinggalah tengahari Khamis, aku berkampung di Hotel Naza Taliyya Pulau Pinang bersama-sama dengan 35 orang rakan-rakan webmaster dari setiap PTJ kerana menghadiri Kursus Penyelenggaraan iPortal Berasaskan XOOPs Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman.Objektif utama kursus intensif ini adalah untuk meningkatkan kemahiran semua webmaster agar dapat mengupgrade iportal PTJ masing-masing dari Version 2.4.0 yang sediaada ke Version 2.4.4 disamping setting @ konfigurasi mempertingkatkan keselamatan iportal dari pencerobohan hackers.

Sememangnya menarik kursus ini yang dijalankan secara latihamal dan aku enjoy dengan info atau ilmu baru bagi ku berkaitan dengan penyelenggaraan laman web.Tambahan pula dengan room mate yang sporting dan menu makanan yang pelbagai yang disediakan oleh pihak hotel.

Pagi Rabu notebook plak buat hal.Window corrupt.Terpaksa meminta bantuan rakan-rakan di pejabat agar dapat menguruskan penghantaran notebook yang lain kerana aku tak nahu ketinggalan dalam latihamal yang dijalankan.Syukurlah pada petangnya aku dah mendapat yang baru.

Cabaran untuk webmaster akan bermula apabila telah balik ke pejabat nanti.Rangka @ frame iportal berserta module dan block telah disediakan.Bagaimana nak mendapatkan berita atau informasi untuk di uploadkan.

Aku adalah hanya seorang webmaster dan aku bukanlah seorang wartawan untuk mengejar berita untuk dikemaskini dalam iportal.Selain dari tugas webmaster yang hanya sukarela ini,aku juga punyai rentetam tugas-tugas hakiki lain sebagai seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Penyiasatan dan Pendakwaan yang wajib dilaksana mengikut jadual @ perancangan masa.

Perancangan ku selepas ini aku akan memperuntukkan 1 hari bekerja dalam seminggu khusus untuk memberi perhatian kepada tugas-tugas webmaster iportal jabatan.Juga amat aku harap-harapkan semua ketua-ketua bahagian/ketua unit akan sama-sama merasa bertanggungjawab untuk menyumbang bahan-bahan untuk iportal ini.Semoga semuanya akan merasa bahawa iportal ini adalah imej jabatan dan sama-sama berusaha menjaganya sebagaimana menjaga imej baik jabatan disudut yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam