Tuesday, April 20, 2010

doa dan pinta seorang anak

Waktu dah semakin menghampiri 3.00 pagi.Ketika ini aku masih lagi termangu-mangu di meja study.Membilang hari-hari yang akan mendatang (jika usia ini masih ada) dan mengenang hari-hari yang telah berlalu.Kenangan yang menjadi sejarah kehidupan yang telah menghuni mayapada ini hampir separuh abad.

Anak-anak yang dulu kecil hingusan kini telah pun membesar dan tak lama lagi akan punyai kehidupan sendiri bersama pasangan hidup masing-masing.Akan membawa haluan masing-masing di luar lingkungan kediaman ibubapa.Lalu ibubapa yang bermula dengan hanya berdua kemudiannnya menjadi bertiga,berempat,berlima, berenam,bertujuh dengan anak-anak akan kembali berdua seperti mulanya.Realiti kehidupan yang pasti akan ditempuhi bersama dengan persiapan mental yang ampuh untuk melawan kesepian dan kesunyian kehidupan.

Ketika itu telah bersara,punyai banyak masa untuk keluarga tetapi ahli keluarga yang berada di depan mata adalah minima.Tiada lagi keriuhan untuk mengisi kehidupan hari tua.

Pasti itulah yang sedang dirasai oleh kedua ibubapa ku kini...Ya Allah Ya Tuhanku Kau ampunkanlah dosa ku dan Kau ampunkanlah dosa kedua ibubapa ku.Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada kedua ibubapa ku.Ya Allah Ya Tuhanku,Kau berikanlah aku kesempatan dan peluang untuk aku memimpin tangan mereka mengunjungi Rumah Mu pada musim haji 2013 nanti,Insha Allah!!! Berilah peluang untuk aku berbakti kepada mereka, Ya Allah! sebelum mereka pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.Perkenaanlah doa dan hajat hamba Mu ini,Ya Allah!

Sesungguhnya hanya kepada Mu lah tempat aku memohon pertunjuk dan perlindungan,Amin!!!

No comments:

Post a Comment