Sunday, April 18, 2010

Zina Punca Gempa Bumi : Ulama Iran

TAHERAN :

Seorang ulama kanan Iran berkata,kekerapan gempa bumi melanda negara itu berlaku antara lain disebabkan amalan seks luar nikah.

Ayatollah Kazem Sedighi berkata,ketika ini semakin ramai wanita negara itu tidak menjaga adab berpakaian sehingga mencemar maruah generasi muda.

"Semua bencana yang berlaku di dalam dunia adalah kesan daripada amalan manusia",katanya yang dipetik akhbar Aftab-e Yazd, semalam.

Menurut Kazem,penduduk Iran tidak mempunyai sebarang pilihan lain kecuali meningkatkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam - AFB

Punca : Harian Metro Ahad 18.04.2010


Nota : kat Malaysia ni hari-hari ada berita kejadian buang bayi. Bagaimana bayi ini dihasilkan sehingga dibuang ??? Nak tunggu gempa bumi juga kerr baru nak sedar diri ???

No comments:

Post a Comment