Kebinasaan Dengan Jawatan
Artikel yang sangat mengesankan hati ini saya copy paste dari http://genta-rasa.com/ Kepada penulis artikel ini : terima kasih banyak baaaaanyak kerana melontarkan peringatan ini untuk dikongsi bersama ummah. Jawatan satu amanah, bukan anugerah. Jika kita ingin melihat sejauhmana benarnya kata-kata pemimpin yang amanah, lihat harta, sikap dan ibadah khususnya selepas menyandang jawatan. Kalau hartanya semakin susut (atau hanya bertambah sedikit berdasarkan keperluan), kalau akhlaknya semakin halus dan menarik, kalau ibadah khususnya (solat malam, baca Al Quran, doa, munajatnya) semakin lebat… Ya itu petanda dia memperalatkan jawatannya untuk melaksanakan amanah. Tetapi jika sebaliknya, itu petanda ia telah “diperalatkan” oleh jawatan yang dianggapnya satu anugerah. Bila satu jawatan atau tugasan diberikan kepada seseorang yang bukan ahlinya, tunggulah saat kebinasaannya. Begitu, antara lain maksud hadis Rasulullah SAW. Hati kita tertanya-tanya, siapakah yang bukan ‘ahlinya’ itu dan apa...