Satu Perjalanan : Satu Permulaan - Fokus Manasik Haji

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangi mu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci oleh Allah kerana tiada lagi yang mengasih mu di akhirat kelak.

Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya

Wallahua'lam.

Jangkaan pernerbangan yang pertama membawa bakal haji dan hajjah ke Tanah Suci Mekah pada musim haji 1431H ini ialah disekitar 10 Oktober 2010 @ 2 Zulkaedah 1431.Ertinya hanya lebih kurang 105 hari saja lagi untuk tiba ke tarikh itu.

Aduhai cepatnya masa beredar.Cepatnya usia ku berlalu.Sehari demi sehari usia berkurang dan tarikh keberangkatan pun semakin mendekat.Lalu bagaimanakah dengan persiapan fizikal dan mental yang ada??? Terus terang aku masih tak punya apa-apa.Fizikal dan mental masih nil.Masih kosong.Masih terkapa-kapa mencari asas yang kukuh untuk melonjak melangkah.

Melangkah meninggalkan persekitaran kehidupan seharian menuju ke satu persekitaran yang baru.Yang telah sedia maklum akan dipenuhi berbagai-bagai cabaran dan dugaan yang merupakan ujian iman.Persiapan untuk anak-anak rasanya tak banyak yang perlu dilakukan.Anak-anak yang di universiti dan asrama sekolah tak ada apa-apa perubahan dengan susun atur kehidupan sedia ada.Cuma si bongsu Muhammad Nabil Farhaan yang masih di Darjah 3 itu yang perlu dititipkan di rumah Atuknya.Semoga bapa ku itu akan dikurniakan Allah SWT kesihatan yang terbaik dan berupaya untuk menguruskan menghantar dan mengambil si Farhaan ke sekolah.Bekalan kewangan untuk kehidupan seharian alakadarnya mencukupi untuk mereka berkemampuan untuk disediakan.

Ya Allah Ya Tuhanku,dalam sedikit waktu sahaja lagi ini mampukah aku @ sempatkah aku untuk berubah menjana minda dan takwa sahsiah diri baru sebagai hamba Mu ???

Ya Allah Ya Tuhan ku,Bantulah aku,bimbinglah aku dengan pertunjuk dan hidayah Mu.Berikanlah aku kesabaran,ketenangan jiwa dan tabiat istiqamah untuk mengisi hari-hari yang masih berbaki ini dan menjalani hari-hari kelak di Rumah Mu kelak serta hari-hari yang berbaki dalam kehidupan
selanjutnya demi menggamit husnul khatimah,Amin !!!

Sesuatu yang terbetik di hati ku ialah mengenai `FOKUS'.Bagaimanakah tahap fokus ku untuk urusan manasik haji ku nanti.Telah sebesar manakah perhatian yang aku tumpukan untuk urusan itu.Telah ditahap manakah persiapan yang aku buat untuk lebih kurang 46 hari yang akan dilalui di Tanah Suci Mekah dan Madinah itu??? Sedangkan target yang ingin dicapai terlalu besar iaitu HAJI MABRUR!!!

Teringatkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh seorang pegawai dari Gemilang Travel & Tours,salah sebuah syarikat pakej haji yang berdaftar dengan Tabung Haji semasa memberi taklimat promosi perkhidmatan syarikatnya - antara soalan beliau ... apakah tuan-tuan dah plan apa yang tuan-tuan nak buat selama 8 hari di Madinah tu? apakah tuan-tuan dah siapkan doa-doa peribadi yang tuan-tuan nak minta semasa di Raudah nanti.Jika tuan-tuan dapat ke Raudah tiga atau empat kali,tuan-tuan dah readykah dengan doa-doa yang pelbagai untuk dipohon disana.Takkan nak ulang-ulang doa yang diberi oleh Tabung Haji tu saja? Tuan-tuan tentu ada perkara khusus yang nak diminta di situ,dah siapkah doa-doa tu??

Bila masuk ke Mekah jarak dari hotel penginapan + jarak 7 keliling tawaf + jarak 7 kali ulang alik saie Safa Marwah tu lebih kurang 7-8 kilometer jauhnya.Tuan-tuan dah readykah nak berjalan sejauh tu?? Tuan-tuan dah buat latihankah berjalan sejauh tu sekarang ni supaya tuan-tuan jadi biasa dengan jarak jauh tu masa di sana nanti?

Ada beberapa lagi persoalan yang dilontarkannya melibatkan jemaah haji wanita yang wajar untuk ditimbangfikir supaya persiapan fizikal dan mental akan tip top semasa di sana nanti.Jika usaha dah dilakukan untuk semua tu barulah kena dengan cara dan gayanya untuk memohon doa kepada Allah SWT supaya diberikan kesihatan yang cemerlang dan dipermudahkan urusan kita semasa mengerjakan urusan haji itu nanti.

Mudah-mudahan - aku juga berdoa memohon sebegitu! Start hari ni aku kena lebih fokus lagi urusan ibadah ini.Dah kena siapkan list what to do day by day untuk tempoh lebih kurang 46 hari itu,Insha Allah!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam