Thaharah dan Solat Menghormati Waktu

Sepanjang tempoh perjalanan dari rumah kediaman ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sehinggalah kembali semua ke kediaman asal - jemaah haji adalah seorang musafir.Lantas mestilah ilmu fekah berkaitan thaharah dan solat juga wajib didalami kerana ada ketikanya nanti ilmu itu akan diamalkan.

Keadaan wuduk yang tidak batal walau pun bersentuhan kulit dengan bukan mahram asalkan tidak terasa ghairah hanya boleh diamalkan semasa urusan mengerjakan tawaf di Masjidil Haram sahaja iaitu bermulanya perjalanan dari hotel sehinggalah selesai mengerjakan tawaf.Dibenarkan dalam Mazhab asShafie kerana dharurat iaitu ramainya orang bersesak-sesak di sana sehingga amat sukar untuk mengelak dari bersentuhan dengan bukan mahram.Namun lain-lain perkara yang membatalkan wuduk seperti kentut,buang air dsbnya tetap akan membatalkan wuduk semasa di sini.

Keadaan di Padang Arafah yang minima kemudahan air mungkin akan memaksa jemaah haji untuk bertayammum dan berinstinja menggunakan bahan selain dari air.Anggota instinja ialah lubang dubur dan lubang kemaluan hadapan.Ertinya istinja dengan batu hanya dibolehkan jika najis besar yang keluar itu berbentuk.Jika `berak cair' atau cirit yang menyembur merata-rata terkena kaki atau pangkal paha tidak boleh beristinja dengan batu.Wajib beristinja dengan air juga.Jika tidak ada air juga terpaksalah ibadah solat dikadha ditunaikan semasa berada di Mina nanti.

Selain dari ilmu solat tamam,perlu juga mengetahui kaedah solat qasar dan jamak (taqdim dan taqkhir) selain dari lain-lain solat sunat yang berpahala besar jika ditunaikan semasa di sana.

Janganlah kita leka untuk menunaikan solat kerana hirarki solat lebih utama dari ibadah haji.Semasa dalam penerbangan tunaikanlah solat menghormati waktu bila telah masuk waktu solat supaya waktu solat tersebut tidak akan menuntut haknya semasa di akhirat nanti.Bila tiba di Jeddah nanti jika masih ada waktu tunaikanlah solat itu dan jika telah luput waktunya qadalah.

Kelonggaran telah diberikan oleh Nya untuk kita menunaikan solat menghormati waktu ini tanpa perlu berwuduk.Tanggalkan kasut dan letakkan saja kaki di atas kasut itu (dibimbangi ditapak kasut itu ada najis).Lakukanlah solat menghormati waktu itu seperti solat biasa sambil duduk.Tidak perlu mengadap kiblat.Walau bagaimana pun perkara-perkara yang membatalkan solat biasa perlulah dijaga kerana jika berlaku akan juga membatalkan solat menghormati waktu ini.

Jika anda berkeupayaan berwuduk anda boleh menunaikan solat biasa tetapi haram jika anda tidak mengadap kiblat.Anda perlu yakin arah kiblat semasa anda hendak berniat dan memulakan solat.

Kemudahan dan keizinan diberi Allah swt untuk musafir bersolat menghormati waktu jadi sebagai hamba Nya yang taat dan bersyukur dengan segala keringanan dan kemudahan yang ditawarkan Nya - rebutlah peluang itu dan kerjakanlah - pasti Allah swt pun suka kerana kita adalah hambanya yang mendengar kata.Wallahuaklam!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam