Posts

Showing posts from July, 2010

Kuliah Ustaz Kazim di Masjid AlBukhary,A/Setar.

Image
Hero bongsu aku ni memang peminat setia Ustaz Kazim Ruang solat Masjid AlBukhary Ustaz Kazim setelah usai kuliah Jumpa lagi di Masjid atTakwa,Kampong Jerlun jam 3.00 petang 30 Julai,2010 dan jam 9.00 plak di Dataran Darul Aman,Jitra

muka aku masuk paper laaaaa

Image
hahahaha ...... kalau hangpa baca Harian Sinar 19 Julai 2010 ada la gambar macam kat atas tu.Time tu wartawan mai ke Bilik Gerakan Operasi Kedah Sihat Sejahtera VII Daerah Pendang untuk membuat liputan berita mengenai perkembangan operasi tersebut. Aku plak incharge Bilik Gerakan so tumpang sekaki la bila depa nak possing tu.Yang pompuan sorang tu laa boss aku (Ketua Jabatan).Apa yang diorang tunjukkan tu adalah hasil rampasan barang-barang makanan yang luput tarikh guna,label tak mematuhi undang-undang dan juga teh yang disyakki mengandungi pewarna tiruan.

Ops Kedah Sihat Sejahtera VII 2010

13 hingga 15 Julai 2010 aku mewaklili Pejabat Kesihatan Daerah Pendang terlibat dalam menjalankan Operasi Kedah Sihat Sejahtera VII Daerah Kubang Pasu.Sepanjang 3 hari 2 malam perjalanan operasi itu agak meletihkan namun kerana itulah tugas dan tanggungjawab makanya dilakukan juga dengan redha. Premis makanan terutamanya penjaja-penjaja makanan di waktu malam cukup banyak dan menjadi kelompok-kelompok medan selera yang bertaburan di sana-sini.Jika siangnya premis makanan yang kekal seperti restoren dan gerai makan sahaja yang menyediakan jualan makanan tetapi apabila saja senja berlabuh cahaya lampu-lampu bak kunang-kunang bertebaran dari premis penjaja makanan yang bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sepanjang perjalanan dari Bandar Baru Darul Aman sehinggalah Pekan Jitra - yang paling banyak ialah penjaja char koay teow - pertunjuk bahawa rakyat di kawasan ini bebas GOUT. 18 hingga 19 Julai,2010 Operasi Kedah Sihat Sejahtera VII Daerah Pendang pula.Sebagaimana dengan senario...

Israk Mikraj 1431 / 2010

Ziarah Madinah - Masjid Quba

Image
Ziarah ke Madinatul Munawwarah Program yang disusun oleh Tabung Haji terbahagi 2 iaitu Ziarah Dalam dan Ziarah Luar Ziarah Dalam bermaksud menziarahi Masjid Nabawi dan Makam Rasulullah SAW yang letaknya di dalam Masjid Nabawi (Masjid Nabi). Ziarah Luar Jemaah akan dibawa melawat; 1. Masjid Quba 2. Bukit Uhud 3. Masjid Qiblatain 4. Masjid Tujuh 5. Pasar Kurma Masjid Quba - Masjid yang pertama dibina oleh orang Islam.Masjid ini diasaskan oleh Nabi (selama 4 hari Nabi bertungkus lumus membina sendiri asasnya.Ketika itu Nabi SAW dalam perjalanan ke Madinah ketika berhijrah dari Mekah. - Jaraknya lebih kurang 5 km dari Madinah dan perjalanan pergi balik mengambil masa lebihkurang 45 minit. - Masjid ini kemudiannya disiapkan oleh para sahabat Nabi.Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam selepas hijrah bersolat dan beribadah di sini. - Rumah Saidina Ali terletak di belakang masjid ini dan Nabi akan mendirikan solat sunat sementara menunggu Saidina Ali sampai dan menunaikan solat fer...