Ops Kedah Sihat Sejahtera VII 2010

13 hingga 15 Julai 2010 aku mewaklili Pejabat Kesihatan Daerah Pendang terlibat dalam menjalankan Operasi Kedah Sihat Sejahtera VII Daerah Kubang Pasu.Sepanjang 3 hari 2 malam perjalanan operasi itu agak meletihkan namun kerana itulah tugas dan tanggungjawab makanya dilakukan juga dengan redha.

Premis makanan terutamanya penjaja-penjaja makanan di waktu malam cukup banyak dan menjadi kelompok-kelompok medan selera yang bertaburan di sana-sini.Jika siangnya premis makanan yang kekal seperti restoren dan gerai makan sahaja yang menyediakan jualan makanan tetapi apabila saja senja berlabuh cahaya lampu-lampu bak kunang-kunang bertebaran dari premis penjaja makanan yang bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Sepanjang perjalanan dari Bandar Baru Darul Aman sehinggalah Pekan Jitra - yang paling banyak ialah penjaja char koay teow - pertunjuk bahawa rakyat di kawasan ini bebas GOUT.

18 hingga 19 Julai,2010 Operasi Kedah Sihat Sejahtera VII Daerah Pendang pula.Sebagaimana dengan senario waktu malam di Daerah Kubang Pasu begitulah juga dengan Daerah Pendang.Pertumbuhan penjaja waktu malam begitu pesat.Berbagai-bagai tafsiran dapat dihubungkait dengan senario ini;

1. Masa kini telah lahir ramai usahawan-usahawan Melayu (Petani???) yang mula menceburi bidang perniagaan - mungkin untuk menambahkan pendapatan yang tak mencukupi dari pekerjaan yang dilakukan pada siang hari.
2. Perubahan senario masa makan rakyat akan berubah.Waktu malam yang sepatutnya organ perut berehat atau pun bertugas minima sahaja akan berubah menjadi aktif.Kadar obesiti dikalangan penduduk akan bertambah.Seiring itu bilangan pesakit darah tinggi dan diabetes juga akan bertambah.

Satu hal lain yang aku dapat rasakan ialah `kecelaruan mood' di kalangan anggota-anggota yang senior.Ini adalah kesan dari khabar bahawa akan berlaku pertukaran besar-besaran tempat kerja di kalangan anggota-anggota yang telah bekerja di sesuatu tempat yang melebihi 7 tahun.Isunya ialah kerana produktiviti sesorang anggota akan menurun bila berkhidmat di sesuatu tempat itu dalam jangka waktu yang lama.

Adakah kajian telah dilakukan untuk membuktikan isu ini melibatkan majoriti anggota atau ianya sekadar teori atau anggapan sahaja???

Pertukaran yang akan berlaku nanti apakah akan menyelesaikan masalah/isu ini ataukah akan menimbulkan satu masalah baru yang akan tambah meminimakan lagi produktiviti anggota-anggota???

Anggota yang 4 @ 5 tahun lagi akan pencen - di usia tu sebegitu akan dipaksa bertukar akan merencatkan mood produktiviti yang sedia ada - lainlah kalau pertukaran itu melibatkan kenaikan pangkat @ tanggagaji.

Di ketika kos hidup meningkat - petrol naik,gula naik,esok lusa yang hari ni janji kata tak naik akan naik,naik dan naik juga - ketika ini tempelakan `dulu masa nak minta kerja kata sanggup bertugas dimana saja awat la ni tak mau pula' bukanlah ayat-ayat yang manis untuk didengari.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam