Ziarah Madinah - Masjid Quba

Ziarah ke Madinatul Munawwarah

Program yang disusun oleh Tabung Haji terbahagi 2 iaitu Ziarah Dalam dan Ziarah Luar

Ziarah Dalam bermaksud menziarahi Masjid Nabawi dan Makam Rasulullah SAW yang letaknya di dalam Masjid Nabawi (Masjid Nabi).

Ziarah Luar
Jemaah akan dibawa melawat;
1. Masjid Quba
2. Bukit Uhud
3. Masjid Qiblatain
4. Masjid Tujuh
5. Pasar Kurma

Masjid Quba

- Masjid yang pertama dibina oleh orang Islam.Masjid ini diasaskan oleh Nabi (selama 4 hari Nabi bertungkus lumus membina sendiri asasnya.Ketika itu Nabi SAW dalam perjalanan ke Madinah ketika berhijrah dari Mekah.

- Jaraknya lebih kurang 5 km dari Madinah dan perjalanan pergi balik mengambil masa lebihkurang 45 minit.

- Masjid ini kemudiannya disiapkan oleh para sahabat Nabi.Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam selepas hijrah bersolat dan beribadah di sini.

- Rumah Saidina Ali terletak di belakang masjid ini dan Nabi akan mendirikan solat sunat sementara menunggu Saidina Ali sampai dan menunaikan solat ferdhu.

- Masjid Quba didirikan berdasarkan takwa seperti mana yang disebut dalam Al Quran Surah at-Taubah,ayat 108-109.

- Berdasarkan hadis,antara fadilat mendirikan solat di Masjid Quba ialah seperti sabda Nabi SAW: Sesiapa yang berwuduk di rumahnya lalu pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan soat di dalamnya,ganjarannya samalah dengan pahala ibadat umrah

- Nabi terlalu ingin hendak selalu ke Mekah untuk mengerjakan umrah tetapi tak berdaya kerana jarak yang jauh lalu Nabi pun merayu menyampaikan keinginan Baginda itu lalu Allah SWT mengurniakan fadilat yang tersebut di atas itu.

- Sangat disunatkan untuk kita pergi ke masjid ini terutama pada hari Sabtu dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT (tiap-tiap hari Sabtu Nabi akan pergi bersolat di masjid ini).

- Tips : berwuduklah di bilik hotel,jagalah wuduk supaya tidak batal kemudian naiklah bas atau teksi ke Masjid Quba – sampai di sana terus masuk kerjakan solat sunat tahiyyatul masjid,solat dhuha,berdoa kemudian baliklah ke hotel.Boleh dilakukan pada setiap pagi apabila selesai solat di Masjid Nabawi.Waktu lain tok sah lah pergi kerana bimbang akan terlepas pula solat ferdhu berjemaah di Masjid Nabawi.(Jika wuduk terbatal dan berwuduk semula di masjid ini,tak dapat fadilat ini).Lakukanlah setiap pagi semasa di Madinah – jika dapat 7 pagi bermakna telah ada 7 umrah yang menjadi milik amalan kita.

- Tambang bas 5 rial.Jika naik teksi ke sana minta teksi tunggu (jangan bayar tambang) dan bila sampai semula ke hotel barulah bayar tambang teksi (supaya teksi tak lari tinggalkan kita di masjid semasa kita solat kerana tambang dah dibayar).Tambang teksi mahal sedikit saja dari tambang bas.

*- Disisi Masjid Quba terdapat sumur Aris (diriwayatkan terbentuk sumur ini berasal dari air ludah Nabi saw.-sunat minum air sumur ini dan berwuduklah.

*- Ada 30 tempat dan 7 sumur tempat-tempat yang pernah dikunjungi Nabi di Madinah ini – jika ada peluang kunjungilah tempat-tempat ini.

* dipetik dari kitab Manasik Haji & Umrah Mengikut Imam Nawawi - realitinya kini masih adakah ???

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam