Awat la ni senyap ja .....

Itulah satu saoalan yang telah disuarakan oleh isteri tersayang ketika suatu petang sedang kami berbuka puasa.Kami itu terdiri dari 3 orang iaitu aku,isteri dan sibongsu Muhammad Nabil Farhaan.4 orang lagi anak-anak berada di asrama sekolah dan ipt.

Entahlah aku pun tak tau nak jelaskannya.Yang nyatanya buat masa ni pergolakan dalaman sedang hebat melanda.Antara harapan yang terlalu maksima sedangkan persiapan yang terlalu minima makanya aku jadi tak keruan begini.Harapan untuk menggapai haji yang mabrur sedangkan hakikatnya hingga saat ini pun aku masih tak dapat nak menghafal doa-doa yang wajar untuk dilafazkan semasa disana nanti.Persiapan material seperti beg besar,kain ihram,talipinggang dll itu dah ada - tetapi bagaimana dengan persiapan mental???

Ada kawan-kawan yang berkata "Bukan susah sangat nak buat haji ni.Rukun dengan syarat-syaratnya bukan banyak sangat,takkan laa tak boleh follow kot!!!"

Hakikatnya kategori haji itu yang wajar dipandang berat.Pastinya yang diingini ialah haji yang mabrur.Tahap haji yang kesannya ialah aku akan seperti bayi yang baru dilahirkan.Bersih dan suci.Terhapus segala dosa-dosa kejahilan masa silam.(Sebagai insan yang lemah segala salah silap masa lalu pasti ada).

Pergolakan jiwa inilah yang menjadikan aku lebih suka mendiamkan diri.Memikirkan diri sendiri.Muhasabah diri.Menghitung hari silih berganti dan semakin menghampiri tarikh yang dinanti.

Di pejabat juga aku semakin kurang `expose diri'.Semahunya menyendiri dari keriuhan sekeliling.Menumpukan perhatian kepada urusan kerja yang masih tertunda.Biarlah aku bereskan semua ini kerana perjalanan ke sana ini apakah aku akan kembali lagi nanti???

Aku berharap sangat-sangat kawan-rakan akan mengerti dengan kondisi diri ku ini!!!

Mungkin aku`over excited' namun perasaan begini adalah lumrah bagi sebuah perjalanan ke suatu tempat yang belum pernah kita sampai - suatu tempat yang hanya `tahap pergantungan diri sendiri kepada Allah swt' sahaja yang akan menentukan susah senangnya perjalanan kehidupan seharian di sana nanti.

Kata orang persiapan diri ke Tanah Suci adalah seperti persiapan diri untuk pergi yang tak akan kembali lagi ........

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam