Dah Pun Ramadhan alMubarak

Menepati ketentuan Illahi maka Ramadhan pun muncul menggiliri Syaaban yang berlalu pergi bersama catatan amal oleh malaikat Raqib dan Atiq.Rejab dan Syaaban telah berlalu dan yang ada kini baki usia untuk menempuhi Ramadhan alMubarak - samada kita akan dapat me`mubarak'kannya atau pun hingga akhirnya nanti hanya Ramdhan alMubarak itu hanya pada namanya sahaja dan kita tak dapat apa-apa waima Lailatul Qadar pun juga.

Itulah yang menakutkan aku diusia yang semakin senja ini.Di tahap usia yang sewajarnya ilmu di dada dah ampuh tetapi yang nyatanya aku masih jahil segalanya.Astaqhafirullah!!!

Ramadhan ini ku lalui dengan debaran yang lebih berganda lagi.Pertamanya kerana telah diistiyharkan Rabbul Jalil bahawa pada bulan ini iblis dan syaitan akan dirantai dan tidak akan dapat menggoda makhluk manusia.Yang hanya tinggal ialah hawa nafsu manusia sahaja.

Yang dibimbangkan ialah apakah nilai ibadah ku di Ramadhan 1413 ini ? Apakah masih sama seperti Ramadhan yang lalu atau pun ada peningkatan.Jika masih sama atau lebih teruk dari tahun sudah ertinya aku semakin jahil dan lemah kerana hawa nafsu sendiri pun tak dapat aku kawal dan atasi apa tah lagi bila usai Ramadhan nanti iblis syaitan yang telah dibebaskan akan kembali bergabung dengan hawa nafsu dan menentang ku semula???

Sememangnya ada 3 tahap keimanan iaitu tahap keimanan para rasul dan nabi yang grafnya sentiasa menaik sahaja.Keimanan iblis yang sentiasa semakin menurun dan hinggakan tiada beriman lagi.Graf tahap keimanan para malaikat sentiasa sama sahaja - tak bertambah dan berkurang ditahap yang diperintahkan oleh Allah SWT sementara graf keimanan kita manusia sentiasa naik dan turun mengikut masa dan usaha kita.Sebab itulah Rasulullah SAW mengajar kita berdoa memohon selepas solat agar ditetapkan iman kita.Semoga graf tahap iman kita akan tetap di titik yang ada dan akan semakin menaik dari titik itu (tidak akan menurun dari titik itu)- dengan izin Allah SWT.

Debaran membimbangkan yang kedua ialah semakin dekatnya dengan tarikh perjalanan ku ke Tanah Suci,dengan izin Allah sebagai tetamu Nya.Dengan apa yang aku ada yang segala-galanya alakadar sahaja apakah aku akan mampu atau layak menjadi tetamu Nya ???

Apakah dengan kejahilan yang meliputi diri ku ini - aku dapat menempuh perjalanan yang agung ini ke Makkatul Mukarramah dan menziarahi Baginda Rasulullah di Madinatul Munawwarah ???

Hari tetap silih berganti detik permulaan perjalanan tetap semakin hampir.Semoga Allah SWT tetap mengizinkan kesihatan fizikal dan mental yang terbaik dan sempurna pada ku agar dengan rahmat Nya itu aku dapat mengumpul sedikit sebanyak bekalan yang wajar untuk perjalanan agung itu.

Sesungguhnya Ya Allah! aku bersyukur kerana mendapat peluang tersenarai sebagai jemaah haji (bersama isteri) ke Tanah Suci Mu pada musim haji nanti dan aku berdoa memohon kepada Mu agar aku dan isteri termasuk dalam senarai tetamu Mu,Ya Allah!

Amin!!!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam