Nota Diri 15 Oktober 2010
Jam 2.00 pagi.15 Oktober 2010.Pagi hari Jumaat - penghulu segala hari.Hari yang penuh barokah dan aku detik ini masih lagi termangu menatap skrin laptop. Fikiran menerawang jauh memikirkan diri sendiri - pada hari-hari yang telah berlalu,hari ini dan hari-hari yang akan pasti mendatang,jika usia masih ada.
Merenung muhasabah nilai diri sebagai seorang anak,seorang suami,seorang bapa dan seorang insan @ hamba Allah swt.Bagai mana telah aku laksanakan tugas dan tanggungjawab ku untuk semua peranan @ watak itu.Sedangkan usia ku sudah semakin lanjut.Hanya tinggal kurang dari 100 hari saja lagi untuk menjangkau usia 50an.

Semakin dinihari.Kokok ayam sayup-sayup kedengaran. Mungkin dari peti suara ayam hutan yang menghuni semak samun belukar tapak hospital di belakang rumah tu.Belukar waima hutan tu turut juga dihuni oleh haiwan babi,harimau akar dan ular-ular dari spisis yang berbisa.Tak tahulah bila bangunan hospital itu akan wujud terbina tetapi yang pasti di situ telah menjadi ladang ternak haiwan-haiwan tersebut.
Lamunan ku belum mau berhenti.Melamun mengenang diri.Muhasabah diri.Diri yang semakin meniti hari menghampiri mati namun masih hanyut dibuai impian duniawi.Masih tenggelam dan terumbang ambing dalam niat dan usaha mahu memperkukuhkan takwa kepada Yang Maha Esa.
Hanya 3 hari saja lagi aku akan berangkat mengerjakan ferdhu haji di Tanah Suci Mekah.Sewajarnya diketika ini aku sudah pun berwajah baru,bersikap baru dan melihat kehidupan ini melalui kaca mata yang baru.Tak salah kalau dikatakan aku sewajarnya sudah bersalin kulit dan isi hati yang baru.Pertanda bahawa aku sudah bersedia untuk `menjadi orang baru' hasil dari tarbiah ibadah haji di Rumah Allah itu nanti.
Bolehkah begitu yang terjadi pada diri ku???

Mengelamun memikirkan perjalanan hidup di dunia yang hanya sementara ini dalam mengisi jatah usia yang masih ada.Entah esok entah lusa hari terakhir akan tiba.Wallahuaklam! - itu urusan Allah swt. Syukurlah aku masih lagi bernyawa @ bernafas!
Persoalannya kini ialah bagaimana diri ku ketika ini mempergunakan sisa usia yang masih ada ini - adakah kehidupan seharian penuh keberkatan atau pun masa @ usia telah terbuang sia-sia.Tiada pengisian bermanfaat yang dapat memberatkan timbangan amalan ?
Sedangkan tujuan kejadian manusia sebagai makhluk di dunia ini hanyalah beribadat kepada Nya – hanya itu satu-satunya tuntutan dari Allah swt untuk dilaksanakan sedangkan yang lain-lainnya urusan keduniaan adalah tertakluk kepada arRahman dan arRahim Nya.Namun itulah letaknya kelemahan,kealpaan dan `panjang angan-angan’ ku menjadikan aku sering kecundang untuk melaksanakannya lantaran lemahnya iman ku.Amat memalukan apabila ilmu yang ada tidak dapat memanfaat diri ku untuk menjadi penunjuk jalan ke arah yang lebih memantapkan ibadah.Mengenggam prinsip hidup - orang yang beruntung ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam (sedangkan aku hari ni dan semalam stereotype sahaja malah kekadang lebih teruk dari semalam)
Ya Allah Ya Tuhanku,janganlah Kau adakan pemisah antara ilmu ku dan amal ku ..... sedangkan ketika ini sewajarnya aku semakin mantap mempersiapkan diri sebelum tibanya masa untuk menjadi tetamu Mu,Insha Allah!
Kurniakanlah keberkatan masa @ usia untuk ku,Ya Allah!
Semoga 100 hari perjalanan ibadah ini membuahkan hasil yang manis ranum menempa watak aku yang baru menjalani kehidupan penuh istiqamah dalam keberkatan Illahi sehingga ke akhir hayat dengan husnul khatimah.Amin!Persoalannya kini ialah bagaimana diri ku ketika ini mempergunakan sisa usia yang masih ada ini - adakah kehidupan seharian penuh keberkatan atau pun masa @ usia telah terbuang sia-sia.Tiada pengisian bermanfaat yang dapat memberatkan timbangan amalan ?
Sedangkan tujuan kejadian manusia sebagai makhluk di dunia ini hanyalah beribadat kepada Nya – hanya itu satu-satunya tuntutan dari Allah swt untuk dilaksanakan sedangkan yang lain-lainnya urusan keduniaan adalah tertakluk kepada arRahman dan arRahim Nya.Namun itulah letaknya kelemahan,kealpaan dan `panjang angan-angan’ ku menjadikan aku sering kecundang untuk melaksanakannya lantaran lemahnya iman ku.Amat memalukan apabila ilmu yang ada tidak dapat memanfaat diri ku untuk menjadi penunjuk jalan ke arah yang lebih memantapkan ibadah.Mengenggam prinsip hidup - orang yang beruntung ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam (sedangkan aku hari ni dan semalam stereotype sahaja malah kekadang lebih teruk dari semalam)
Ya Allah Ya Tuhanku,janganlah Kau adakan pemisah antara ilmu ku dan amal ku ..... sedangkan ketika ini sewajarnya aku semakin mantap mempersiapkan diri sebelum tibanya masa untuk menjadi tetamu Mu,Insha Allah!
Kurniakanlah keberkatan masa @ usia untuk ku,Ya Allah!
Comments
Post a Comment