Kifarahkah ini ???

Hari ni dah hari kedua aku berada dalam keadaan tidak selesa.Kesan dari terlekat tulang ikan keli.Tak sakit sangat tapi tak selesa kerana telan air liur pun terasa perit.

Kisahnya waktu berbuka puasa petang tu terliur plak aku tengok sibongsu Muhammad Nabil Farhaan tu meratah ikan keli sambal (memang favourite dia sambal ikan keli tu - tiap-tiap hari berbuka puasa itulah yang dimakannya bersama nasi putih).Aku pun mencubit sedikit isi ikan tersebut dan menyuap nya.Si Farhaan menegur "awat abah ni besa-besa tu tak makan pun"

Aku tak jawab apa-apa pun.Masuk suapan kedua - erk! tulang ikan keli tu dah terlekat kat kerongkong.Aku cuba menjolok dengan jari telunjuk ku.Tiga empat kali rasa nak termuntah tapi tak tercapai juga ke tempat tulang tu tercucuk.

Itulah kisahnya.Tergerak hati bagai ditarik-tarik untuk merasa isi ikan keli itu tapi tulang plak yang dapat.

Aku muhasabah diri.Apakah yang berlaku ini satu signal peringatan untuk ku?

Apakah ini kifarah untuk ku.Kata orang sakit adalah kifarah dosa.Lalu apakah ini adalah kifarah atau teguran untuk ku supaya muhasabah diri dan membuat pembetulan.Membaiki kesilapan supaya tidak berterusan.

Apakah ini ada kaitan dengan tabiat ku yang banyak makan sewaktu berbuka sehinggakan solat maghrib pun berantakan kerana dilakukan dalam keadaan perut yang kekenyangan.Bukankah kini dengan adanya tulang ikan keli di kerongkonga ku ini,aku dah kurang selera makan.Dah tak makan banyak macam selalu.

Andai benar begitu - Ya Allah Ya Tuhan ku,ampunilah dosa-dosa ku!!!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam