Menangis Dalam Tidur
Sesuatu yang masih menjadi tandatanya.Mengapa ianya berlaku sebegitu???
Kisahnya pagi semalam kerana terlalu mengantuk aku tidur semula selepas bersahur.Ketika itu sekitar jam 5.30 pagi.Isteri dan sibongsu,Farhaan pula dengan urusan persiapan diri kerana jam 6.45 pagi nanti akan keluar ke sekolah masing-masing.
Ketika tidur inilah kedengaran suara ku menangis teresak-esak.Tangisan dalam tidur lena.Isteri ku bertanya mimpi apa yang sedih sangat hinggakan menangis gitu.Sibongsu juga mengesahkan mendengar tangisan ku itu.
Aku cuba refresh memory - seingat aku,aku tak mimpikan apa-apa pun. Kebiasaannya kita akan dapat mengingati apa yang kita mimpikan semasa tidur apabila kita jaga nanti.Malah kita mampu menyambung mimpi yang terputus dek terjaga kembali menyambung tidur.Tapi tadi tu aku tak mimpi apa-apa pun!
Apakah yang tersirat ni!
Mungkinkah yang menangis itu adalah ROH ku.Menangis mengenangkan haknya yang terabai.Sewajarnya ketika itu waktu pengisian rohani dengan ibadah dan jasmani menangis bermunajat kepada Allah swt di atas sejadah.Tetapi sebaliknya aku tewas dengan tuntutan nafsu mengantuk lalu terbujur di atas menghambat waktu subuh.Satu penyelewangan yang merugikan bagi seorang hamba yang niat berusaha menempa diri sebagai `bertakwa' kepada Nya.
Andai itu adalah hakikatnya - Astaghafirullah hil azim.Ya Allah Ya Tuhan ku.Ampunkanlah dosa-dosa ku!!!
Hanya tinggal sekitar 48 hari saja lagi untuk tiba detik bertolak ke sana.Jumlah hari berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah juga sekitar 46 hari.Ertinya aku hanya punyai jumlah masa yang hampir sama antara period membuat persiapan dan period pengamalan yang dipelajari selok belok manasik haji.
Rakan-rakan ada yang berpesan supaya santai-santai saja.Ibadah haji bukannya sukar sangat - aku sekadar diam saja tak nak cakap apa-apa.Susah atau senang semuanya bergantung kepada persiapan dan fahaman masing-masing sebelum bertolak ke sana.Lagi pun semua jemaah haji akan diuji nanti untuk mengklasifisakikan tahap haji masing-masing.
Semua orang nakkan Haji Mabrur.Tahap persiapan mental dan fizikal kita adalah cukup tip top sehingga kita mampu untuk tahap haji yang first class tu ???

Comments
Post a Comment