Merdeka! Merdeka! Merdeka!

31 Ogos datang lagi bersama perasaan bercampur baur samada nak berbangga atau tidak dengan kemerdekaan ini.Kabur mencari makna `merdeka' diketika kehidupan seharian semakin payah.Sukar mau merasa bangga ketika susur galur kehidupan ummah semakin berantakan.Buang bayi merata-rata,pembunuhan, rompakan yang semakin tragis,kemalangan jalan raya yang semakin `malang' - sekadar nak menyebut beberapa perkara yang acapkali mendebarkan bila menatap beritanya di dada-ada akhbar.

Aku mengimpikan suatu ketika nanti Perdana Menteri Malaysia akan bangun memberi ucapan Hari Kemerdekaan Malaysia dengan kata-kata "Oleh kerana Malaysia ini adalah milik Allah swt,makanya kita tidak akan membangunkan Malaysia mengikut acuan kita sendiri tetapi akan mengikut acuan Islam"

Aku akan bangun berteriak .... Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Allahhu Akbar!

Comments

  1. salam akhi Zul...

    ameen ameen ameen..

    ummi doakan semoga dimaqbulkan hajat tu..

    masyaAllah , AllahuxAkbar

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam