Saturday, August 14, 2010

sibuk giler nih!

Hanya baki 66 hari saja lagi akan tiba tarikh untuk penerbangan ke Tanah Suci,itu pun kalau tarikh tahun ini sama dengan tahun 2009.Namun mengikut maklumat lisan yang aku perolehi dari pegawai di Tabung Haji kebiasaannya tarikh penerbangan akan lebih awal sekitar 10 hari dari tahun sebelumnya - maknanya hanya ada lebih kurang 56 hari saja lagi.Tak sampai pun 2 bulan lagi nih!

Macam mana nih! Persiapan masih berantakan.Persiapan rohani dan jasmani masih haru biru.Bukan setakat biru saja - dah merah,hijau, pink,purple,hitam,dah berkaler-kaler pun.Dah mula gelabah nih! - Doa tu doa ni pun tak ketahuan hala lagi.

Macam mana nih! Belek buku tu tak kena buka buku ni tak kena.Tak tau nak baca yang mana satu- macam ni gaya boleh dapat ker Haji Mabrur???

Batasan masa yang ada ini menjadikan aku sibuk giler.Sibuk mengatur masa agar terisi dengan hal-hal yang sewajarnya.Ibarat orang yang sedang kelemasan - yang difikirkan sekarang ialah mahu berenang ke daratan.Tak terfikir lagi pakaian yang basah atau henpon mahal yang dimasuki air.Begitulah aku kini!

Sibuk diwaktu pejabat menyiapkan urusan-urusan penguatkuasaan dan pendakwaan yang masih tertangguh @ belum selesai kerana sebolehnya aku tak mahu dakwa dakwi dari pengganti ku nanti dengan kerja-kerja ku yang terbengkalai.Biarlah sepanjang masa aku berada di Tanah Suci nanti aku berada dalam sangkaan baik sentiasa dari rakan-rakan sekerja.Insha Allah!

Selepas waktu kerja,masa-masa berada di rumah akan aku gunakan sebaik mungkin untuk semula mengulangkaji nota-nota kursus haji bersiri,buku-buku manasik haji dan menghafal doa-doa yang releven dengan ibadah haji,Insha Allah!

Aktiviti online marketing pun dah aku 'mute'.Henpon pun kini bukan lagi menjadi teman setia ku.Jika ada kelapangan,blog ini akan aku update juga dari masa kesemasa,Insha Allah!

1 comment:

  1. salam akhi....

    selamat menunaikan fardu haji ...

    sabaq , jangan gelabah ... buat yg terbaik...

    pertama sekali berdoa pada yg Esa , minta dipermudahkan segala urusan.

    bersangka baik pada semua makhluk Allah ....InsyaAllah segala urusan dipermudahkan...

    ReplyDelete