Tuesday, September 27, 2011

Fasa-Fasa Ibadah Haji

Sememangnya ibadah haji itu merangkumi 3 fasa yang setiap satunya mustahak kerana ianya saling berkaitan dan mempengaruhi di antara satu sama lain.Setiap satunya penting di kedudukan masa dan suasana yang berbeza.

Fasa 1 - berada di Malaysia membuat persiapan rohani dan jasmani untuk ke sana

Fasa 2 - berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah melaksanakan segala tuntutan rukun dan wajib haji serta ziarah sebagaimana yang telah disyariatkan.

Fasa 3 - berada semula di Malaysia dan menjalani kehidupan sebagai seorang `haji dan hajjah' yang susun atur kehidupan sehariannya adalah terjemahan dari hasil didikan rohaniah dan jasmaniahnya dari ibadah haji.

Fasa 1

Persiapan Rohani :

1. Usaha yang dilakukan untuk menyemai,menyuburkan dan memantap mana melalui ilmu dan amal terhadap ibadah solat,puasa dan zakat supaya ibadat haji tidak menjadi sendirian dan tidak dikepit rapat oleh ibadah-ibadah lain.Terutamanya solat kerana tiada maknanya ibadah haji jika ibadah solat masih berantakan.Penghayatan solat yang mantap dan istiqamah akan dapat menjemput kekusyukan lalu mampu memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar di kurniakan Haji yang Mabrur,Insha Allah!

Kata Ustaz Haji Abdul Kadir Yahaya : orang-orang yang tak menjaga solatnya semasa di tanah air nil ah yang bila berada di Tanah Suci nanti lebih suka bersolat di dalam bilik hotel atau surau-surau berdekatan tempat shopping sahaja.Tidak tertarik atau berminat nak merebut barokah bersolat di dalam Masjidil Haram dan melihat Kaabah.

2. Menghadiri kursus haji untuk mengetahui apa yang boleh dan tak boleh dalam ibadah haji.Apa rukun haji dan apa wajib haji (aku pun memang confuse antara dua nih – lastly cara yang nak bezakan antara kedua ni ialah kalau yang boleh bayar dam tu maknanya wajib haji laa)

Tidak sah haji walau pun kerja buatnya betul tetapi jemaah haji hanya mengikut sahaja apa yang orang lain buat sedangkan dirinya sendiri tak ada ilmu mengenainya.Apa-apa sahaja ibadah kita mesti amalkan dengan ilmu yang kita ada dan bukannya sekadar `pak turut’.Dari masa ke semasa wajib ada usaha untuk meningkatkan lagi tahap ilmu yang kita ada dan amalkannya.

Bab ni laa yang aku tengah serabut perut nih tapi bila aku suarakan hal ni kepada rakan-rakan yang telah kesana,depa kata “tak pa aih.Hang rasa camtu pasai hang tak pi lagi.Nanti bila hang dah sampai sana step by step hang tau laa apa nak kena buat.Macam hang nak exam laa sebelum masuk dewan periksa tu hang susah hati takut tak leh jawab tapi bila masuk dewan periksa hang baca soalan 1 hang tau nak jawab macam mana pas tu baca soalan 2 hang tau nak jawab macam mana…….”

Cam tu kaaa …….

Pesan Ustaz Hj. Abdul Razak berkali-kali “ bila disana nanti buat macam mana yang kita belajar jangan buat macam mana yang kita tengok orang lain buat”

No comments:

Post a Comment