Puasa Enam Di Bulan Syawal - Jom Segerakan!

Persoalan Agama: Puasa enam seelok-elok disegerakan

2010/09/12
SAYA ingin tahu mengenai puasa enam pada Syawal ini. Apakah ia sebaik-baiknya dilakukan pada awal atau hujung Syawal? Bolehkah ustaz jelaskan pahala yang terkandung di dalam puasa enam ini?

Hamba Allah,
Serdang, Selangor. ALLAH SWT berfirman dalam surah al-Maaidah ayat 48 yang bermaksud: “Maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan.”

Imam Ibnu Kathir pula menyebut dalam tafsirnya: “Pada ayat itu Allah SWT menganjurkan agar bersegera dan berlumba-lumba dalam membuat kebajikan.”

Ayat itu sudah menjelaskan kita sepatutnya menyegerakan puasa enam kerana melambat-lambatkan boleh membawa pelbagai masalah. Ini adalah pandangan Imam al-Syafie dan Hambali tetapi dibolehkan kita menyempurnakannya sehingga pertengahan atau akhir bulan.

Satu hadis riwayat Muslim daripada Abu Ayyub, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang puasa pada Ramadan kemudian diikutinya dengan puasa enam hari pada Syawal, maka ia seperti puasa sepanjang tahun.”
Imam al-Nawawi berkata dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab: “Sahabat kami (Mazhab al-Syafi’i) berkata bahawa disunatkan berpuasa enam hari Syawal kerana ia ada disebutkan di dalam hadis. Mereka berpendapat, sunat berpuasa secara berturut-turut. Tetapi, jika seseorang melewat-lewatnya, ini dibolehkan kerana ia masih mengikut panduan hadis. Kami tidak mempertikaikan pandangan ini, malah ia juga pandangan Ahmad dan Abu Daud.”

Sebenarnya bukanlah menjadi syarat puasa iu dilakukan berturut-turut. Jika anda berpuasa sama ada berturut-turut atau secara berasingan, ia dibolehkan. Lebih cepat kamu menyempurnakannya, lebih baik.

Sebagai mana firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 133: “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu.”

Dalam surah Toha ayat 84, Allah SWT berfirman: “Dan aku bersegera kepada-Mu wahai Tuhanku, supaya Engkau reda (kepadaku).”

Tetapi sekiranya kita kebetulan menerima tetamu atau berada pada majlis makan sedangkan kita berpuasa, harus untuk kita tidak meneruskan puasa sunat tersebut.

Sebagai mana hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Juhaifah, beliau berkata: “Maka telah datang Abu Darda’ dan dia membuat sedikit makanan untuk Salman. Abu Darda’ berkata: Makanlah kerana aku berpuasa. Salman berkata: Aku tidak akan makan sehingga kamu makan. Maka Abu Darda’ pun makan...dan Salman berkata kepadanya: Tuhan-mu mempunyai hak ke atas kamu, roh kamu mempunyai hak ke atas tubuhmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Maka berilah hak kepada mereka yang berhak. Kemudian Abu Darda’ berjumpa Rasulullah SAW dan memberitahu Baginda akan hal itu dan Rasulullah SAW berkata: “Salman benar.”

Begitulah penjelasan mengenai puasa enam pada bulan Syawal ini.”
Wallahua’lam

copy paste dari http://www.bharian.com.my/articles/PersoalanAgama_Puasaenamseelok-elokdisegerakan/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

PUASA ENAM IBARAT PUASA SETAHUN

Alhamdulillah kita tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadan 1423H akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadan. Kita inginkan keberkatan Ramadan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajipan yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?

Natijah (hasil) dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat. Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi?

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadan tahun depan dan seterusnya.
"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya. " Amin.

Fadilat Puasa Enam
Puasa enam hari yang dilakukan dalam bulan Syawal juga mempunyai keistimewaan tertentu dan akan diperolehi dengan izin Allah.Orang yang berpuasa enam hari pada bulan Syawal akan:

memperolehi pahala sebagaimana yang dikurniakan kepada Nabi Adam pada hari pertama ia berpuasa enam;

memperolehi pahala sebagaimana dikurniakan kepada Nabi Yusuf pada hari kedua ia berpuasa enam. Keluar dosa-dosa dari tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu;

memperolehi pahala sebagaimana dikurniakan kepada Nabi Ya’qub (hari ketiga); sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah tidak rela untuknya pahala kurang dari Syurga;

memperolehi pahala sebagaimana pahala Nabi Musa (hari keempat);

memperolehi pahala sebagaimana yang diperolehi oleh Nabi Isa (hari kelima) iaitu menyamai pahala berpuasa sepanjang tahun.

memperolehi pahala sebagaimana dikurniakan kepada Rasulullah (hari keenam); jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu akan dibacakan istighfar untuknya oleh para malaikat.

copy paste dari http://daawah.com/links/islampuasa6.html

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam