Pesan Abah Ummu Hani
Jaga-jagalah bulan tarbiah ramadan ni dengan baik. Gunakan kesempatan ni untuk memperbanyakkan ibadah, baca Quran, kurang tidur mlm. Dan tambahkan kerja-kerja rutin dari biasa. Ia penuh baraqah. InsyaAllah Allah akan ganda dan berikan kemenangan seperti yang Allah berikan kepada para sahabat dan Rasulnya dalam pelbagai peristiwa besar yang berlaku pada ramadan. Ramadan bukan bulan rehat dan tidur dan bukan juga bulan perbanyakkan tonton TV.
Jaga diri baik-baik, kerja-kerja untuk agama Allah adalah matlamat utama keluarga kita. Ingat kerja, ingat syurga Allah. Setiap apa yang kita buat azam untuk buat yang terbaik dan perbanyakkan syukur dengan apa yang Allah beri kepada kita. Jaga hati semoga ikhlas dengan apa yang dilakukan. Salam kasih ramadan untuk semua dari abah.
abah.
Nasihat abah (yang diemelkan) menjadi lampu dalam hati. Terima kasih abah.

Nota : copy paste dari laman ummuhani.com - begitu meruntun hati kecil aku sebagai seorang abah kerana aku tak berpesan begini kepada anak-anak ku dan juga diri ku sendiri.
Comments
Post a Comment