Tika ini tetiba hujan menderu turun bersama angin kencang.Lebat dan titik hujan yang menimpa bumbung rumah kedengaran kasar bunyinya. Mungkin kesan dari angin yang kuat menghempas butiran hujan itu ke dada atap rumah ku makanya kedengaran begitu.

Sudah lewat tengah malam namun kelopak mata ku masih lagi degil untuk ditaupkan.Masih mau menatap suasana malam bersama dengan getar dan debar hati dalam menanti tarikh 17 Oktober,2010.Tarikh untuk berangkat ke Tanah Suci Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munaw warah.Mengerjakan ibadah haji yang ferdhu.

Rasa sayu dan sebak mula dirasakan.Bercampur aduk dengan debaran hati untuk berdepan dengan suasana baru di tempat yang baru yang belum pernah dihadapi dan dialami sebelum ini.Sayu dan sebak mengenangkan anak-anak yang ditinggalkan.Bukanlah maksudnya aku tak yakin mereka dapat menguruskan diri masing-masing kerana dah dewasa kecuali sibongsu Farhaan yang akan dijaga oleh atuk dan neneknya) tetapi kerana perpisahan ini adalah lain dari yang lain.Perjalanan manasik haji adalah simbolik kepada perjalanan akhir manusia dengan pakaian ihram bewarna putih membalut tubuh seperti juga kain kafan membalut tubuh mayat dan berkumpul di Padang Arafah seperti mana di Padang Masyar - lalu terfikir apakah aku akan berpeluang kembali ke tanah air Malaysia atau pun pergi terus yang tak akan kembali lagi.

Gelora rasa ini menjadikan aku kekadang agak emosional.Aku tahu Along pasti kecil hati kerana aku tak benarkan dia balik untuk turut berada di lapangan terbang semasa bertolak nanti

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam