Ceramah Tahun Baru Ustaz Kazim AlHafiz

Malam tadi aku dan famili bersolah jemaah maghrib di Masjid ArRahmah,Taman Wira,Alor Setar,Kedah kerana selepas solat maghrib ada program ilmu iaitu ceramah sempena tahun baru masihi 2011.Penceramahnya tak asing lagi iaitu Ustaz Kazim Elias AlHafiz,Pengetua Pusat Pendidikan AlBarakah,Manjoi,Perak.

Sedikit catatan untuk tatapan kita bersama;

1. Azam untuk berubah meninggalkan yang tidak baik kepada yang baik selagi masih bernyawa kerana sebelum mati kita tetap tidak akan terlambat untuk bertaubat.
2. Pentingnya perpaduan kerana umat Islam akan tertindas dan terhina apabila berlaku peperangan seperti mana yang dialami oleh dibeberapa negara Islam yang huru hara kini.
3. Umat Islam di Malaysia ini ramai tetapi tak ramai yang datang ke masjid tetapi dalam yang tak ramai datang ke masjid itu pun tak semuanya sekata sepakat. Bagaimanakah masjid akan diimarahkan jika perpaduan ini tidak terjalin erat.
4. Pentingnya kaedah yang berhemat,bijak mencuri hati,menarik hati,dan memikat hati umat Islam dilaksanakan oleh pihak-pihak yang menerajui sesebuah institusi masjid secara berhati -hati untuk menarik masyarakat khususnya golongan muda supaya jatuh hati atau terpaut hati untuk datang ke masjid.Aktiviti-aktiviti bermaklamatkan mengimarahkan masjid sebegini akan mudah dirancang dan dilaksanakan bila sesebuah institusi masjid itu dipimpin atau diterajui oleh kalangan mereka-mereka yang benar-benarkan cintakan dan kasihkan masjid.
5. Ayat 11 & 12 Surah alKahfi dapat diamalkan untuk tujuan merawat anak-anak kecil yang menangis malam.Caranya ambil bedak sejuk dan air bacakan ayat-ayat ini dan lumurkan ke seluruh tubuh bayi tersebut.
6. Ayat 18 dapat diamalkan sebagai tujuan memagari rumah (keselamatan).Caranya ayat itu dibaca semasa tuan rumah hendak tidur @ dibaca apabila hendak keluar meninggalkan rumah.Amalan ini menyebabkan orang-orang yang bertujuan jahat hendak masuk ke rumah akan merasa seolah-olah ada orang/penjaga di dalam rumah tersebut.
7. Merawat anak-anak yang degil @ tak mahu mendengar kata ibu bapa - ambil sekampit beras dan air (banyak mana pun tak pa),bacakan AlFatihah sebanyak 70x setiap hari selama seminggu.Gunakan air itu untuk dimasak bersama beras tersebut dan berilah anak yang degil itu makan @ kaedah kedua ambillah seurat rambut sianak itu bacalah ArRahim sebanyak 1000x kepada rambut tersebut,Insha Allah sianak itu akan lembut hatinya dan mahu mendengar kata nasihat ibu bapa.
Amalan sebegini pastinya perlukan keyakinan penuh kepada Allah SWT,Insha Allah!

Doa Pelaris

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam