Karnival Buku Hasani Bookstore

Seperti biasa musim cuti sekolah ini Hasani Bookstore mengadakan Karnival Buku dengan potongan harga yang cukup istimewa.Lokasi kedai-kedai buku Hasani terdapat di Sungai Petani,Gurun dan Kulim.Karnival ini bermula 10 Disember 2010 dan berakhir pada 17 Januari,2011.

Istimewa bagi aku kerana kadar 25% diskaun adalah besar dan memberi peluang untuk aku membeli dan memiliki buku / kitab-kitab yang harga asalnya mahal.Bertambah lagi koleksi buku di mini library ku.Setakat ini pun jumlah harga buku-buku yang sedia ada tu pun dah hampir 5K.

Masa kat Mekah dan Madinah hari tu pun aku membelanjakan hampir SR200 untuk membeli kitab dan bulan Disember ini pun dengan 3 kali bertandang ke Hasani Bookstore Sungai Petani tu dah hampir RM400 aku belanjakan untuk membeli bahan bacaan kat situ.

Sibongsu ku,Muhammad Nabil Farhaan pernah bertanya - ni banyak buku abah beli bila nak baca?

Bila ek nak baca? Semakin hari semakin tua - aku perlu lebihkan banyak masa lagi untuk membaca kerana jatah usia ku semakin singkat,semakin pendek makanya aku perlu lebih giat mengumpul bekalan iman dan takwa.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam