Marhaban Ya 1432H

Di ketika azan Maghrib 6 Disember,2010 bergema menerjah ruang angkasa,maka bermulalah detik baru,hari baru,bulan baru dan tahun yang baru.Hari Rabu,1 Muharram,Tahun Hijrah 1432.

Ertinya telah 1432 tahun berlalu peristiwa HIJRAH Baginda Rasulullah SAW dari Tanah Haram Mekah ke Tanah Haram Madinah.Hijrah dilakukan bukan kerana melarikan diri tetapi kerana dihalau oleh kaum Baginda sendiri.

Sebenarnya ada 2 peristiwa besar di dalam sejarah Islam yang diberi perhatian oleh Saidina Umar RA semasa memilih kriteria untuk penetapan permulaan tahun Hijrah iaitu peristiwa Isra' & Mikraj Rasulullah SAW dan peristiwa perpindahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.

Setelah mempertimbangkan bahawa peristiwa Isra' Mikraj lebih merupakan mukjizat khusus untuk Baginda dan tak mungkin dapat dilakukan oleh manusia biasa sedangkan peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah lebih merupakan perjalanan Rasulullah SAW sebagai manusia biasa lalu Saidina Umar RA pun memilih peristiwa perpindahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu sebagai permulaan kiraan tahun umat Islam @ Tahun Hijrah.

Itu kisah hijrah Baginda Rasulullah SAW dan isunya sekarang ialah bagaimana pula dengan hijrah `kita' setelah 1432 tahun berlalunya hijrah Baginda itu.Samada kita nak mentafsirkan hijrah itu dari segi fizikal @ mental itu adalah hak masing-masing namun hakikat yang perlu digenggam erat dan dimamah lumat ialah `perubahan yang kurang baik kepada yang baik dari dari yang baik kepada yang lebih baik'.Istiqamah berusaha untuk mecapai yang terbaik demi mencari keredhaan Allah SWT.Itulah matlamat hijrah fizikal dan mental kita.

Jangan terlalu mengimpikan perubahan yang besar-besar kerana kita akan mudah lelah dan jemu kerana dugaan dan cabarannya juga besar.Lakukan saja perubahan yang kecil-kecil tetapi berterusan,Isha Allah kita akan dapat menggapai perubahan yang besar kerana perubahan yang besar itu terhasil dari himpunan perubahan-perubahan yang kecil.

Alhamdulillah aku dan keluarga diizinkan Allah SWT berada di Masjid Zahir,Alor Setar untuk bersama-sama ratusan umat Islam yang lain mengaminkan bacaan doa akhir tahun 1431,solat jemaah solat ferdhu Maghrib,bacaan Surah Yassin, mengaminkan doa awal tahun 1432 dan berjemaah solat ferdhu Isya.

Turut sama mengimarahkan majlis itu ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Sultanah Kedah.Seperti biasa majlis diakhiri dengan jamuan makan malam yang `heavy' juga - save budget makan malam ni!

Tekadku semoga tahun baru 1432 Hijrah ini akau akan dapat menggalas title `Haji' ini dengan penuh wibawa demi untuk mencari keredhaan Allah SWT. Sememangnya mudah menulis dan menyebut nama Tuan Haji Zulkifli,namun hakikatnya amanah yang diberi dan dianugerah semasa menjadi tetamu Nya di Tanah Suci itu terlalu besar dan menuntut kesabaran serta ketabahan.Kerana ketika inilah ujian penilaian sedang dijalankan untuk menkategorikan samada haji ku itu MABRUR atau tidak!

Semoga aku sentiasa dan berterusan dalam keredhaan Nya,Amin!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam