Selamat (?) Tahun Baru 2011

Detik 12.00 tengah malam tadi bermulalah tahun baru masihi 2011.Selamat Tahun Baru 20011 hmmmm masih tertanya-tanya selamat ker ??? dengan suasana masyarakat dan politik negara terkini.Ketika nilai nyawa manusia semakin murah dan nilai kemanusiaan semakin merendah ditokok oleh suasana politik yang semakin hilang arah mengikut rentak micheavelli.

Sewajarnya kita bergembirakah dengan tibanya tahun baru ini??? atau kita merasa sedih kerana satu lagi isyarat hakikat baki usia kita semakin berkurang.Setahun lagi jatah usia kita memendek.Setahun lagi jarak masa kiamat semakin mendekat!

Berdentum dentam bunyi bunga api ....meriahnya! masing-masing mendongak ke angkasa kagum dengan percikan bunga api.Tergambar tak disanubari masing-masing bagaimana agaknya keindahan percikan api neraka ???

Ketika Baginda Rasulullullah saw dilahirkan ke dunia ini unggun api majusi yang tak pernah padam itu tiba-tiba terpadam namun kini umat Baginda kembali memuja api (secara tak disedari) - kesian Rasulullah saw!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam