Aduhai .... meruginya !

Tahu dan sedarkah anda hakikat bahawa jika kita membaca Kitab Suci AlQuran tapi kita tak faham,tak tahu makna apa yang kita baca itu,kita akan tetap beroleh pahala iaitu pahala membaca.Tetapi jika kita berdoa dan berzikir walau pun doa dan zikir itu adalah warisan amalan Rasulullah SAW - kita tak akan beroleh apa-apa pahala jika kita tak memahami makna apa yang kita doakan,zikirkan itu.

Bayangkan selama ini kita bersolat - selain bacaan ayat suci di dalam solat juga terdapat bacaan doa-doa dan kita membaca,melafazkannya tanpa kita tahu maknanya - alangkah ruginya kerana kita tak beroleh apa-apa pahala walau pun solat kita itu sah.

Bayangkan pula selepas solat kita berzikir,berwirid dan berdoa - tetapi kita tak beroleh apa-apa pun kerana kita tahu makna dan faham apa yang keluar dari bibir kita itu.Selama ini hanya kosong sahaja - aduhai rugi nya ......

Makanya mulai saat ini jom kita cari buku-buku (contohnya seperti di atas) - dan kita telaah sedikit demi sedikit,fahamkan maknanya dan binalah penghayatan semasa membacanya agar kita akan beroleh pahala yang sewajarnya.

Yang lalu biarlah ianya berlalu,kita beristighfarlah kerana ketika itu kita tak tahu namun kini kita dah tahu - kita perlu lakukan sesuatu kerana kini kita sudah berilmu!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam