Sunday, July 03, 2011

Salam sayang buat anak-anak ku!

Kalimah di atas itu adalah ucapan wasiat seorang umarak dan ulamak di zaman kegemilangan empayar Islam dahulu (abah dah lupa namanya) kepada anakandanya yang akan mewarisi takhta pemerintahannya.Agar pemerintahan anakandanya nanti akan berlandaskan neraca pertim bangan yang selari dengan amanah dan tanggungjawab yang dipikul dari sudut penilaian alKhalik,amanat ini diwariskan dengan penuh kasih sayang dari seorang ayahanda.

Begitu mendalam tafsiran yang tersurat dan tersirat dari amanat ini.Untuk memahamnya pastinya akan merujuk kepada tahap keimanan masing-masing.Sememangnya ketika ini pun status diri kita dalam kehidupan sementara di dunia ini adalah sebagai ulamak dan umarak.Ulamak dan umarak kepada diri sendiri,keluarga dan masyarakat dalam ruang lingkungan jemaah islamiah.

Abah titipkan pesanan ini buat bekalan buat anak-anak kesayangan dan kebanggaan abah - Ummi Faridatul Akmar (UTHM),Muhammad Shafiq Ashraf (UiTM),Ummi Fatin Izzati (UiTM),Ummi Farah Aqilah (SMKAK) dan Muhammad Nabil Farhaan (SKP) - "Selamat Menghayati & Menjiwai Isra' & Mikraj Rasulullah SAW" malam nanti.

No comments:

Post a Comment