Lawak Berita Radio Malaysia

Petang tadi ketika sedang menunggu anak keluar dari sekolah aku onkan radio kereta.Kebetulan ketika itu satu stesyen radio kat Malaysia ni sedang menyampaikan berita.Aku layan jerr antara peduli dengan tidak.

Tiba-tiba aku rasa nak tersedak.....Suara pembaca berita itu menyatakan beberapa orang tokoh akademik tidak bersetuju dengan cadangan untuk menyerapkan NGO ke dalam SPR kerana NGO itu pasti akan mempunyai agenda lain dan ini akan menganggu SPR yang telus dan bebas itu.

Pada firasat aku dalam kotak fikiran tokoh-tokoh akademik tu tentu berfikir "cakap jerr camtu rakyat marhaen bukannya tahu pun hal yang sebenar" dan rakyat marhaen yang mendengar cakap mereka tu (macam aku ni) tentu berfikir "macam mana la depa ni boleh jadi tokoh akedamik hal yang sebenar camtu pun depa tak tau"

ahak! ahak! lawak berita kat radio tu!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam